Arsenal atau Tottenham? Bintang Watford dedah pilihan beliau.


Bintang tengah Watford, Abdoulaye Doucoure (25 tahun) dilaporkan menjadi pemain sasaran dua kelab yang bermusuhan iaitu Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Kedua-dua kelab ini dikatakan mahu mendapatkan pemain tengah Watford ini pada jendela perpindahan yang bakal dibuka pada penghujung musim ini.



Tidak ketinggalan, Liverpool turut dikaitkan dengan minat untuk membawa dan mendapatkan pemain kelahiran Perancis ini menyertai mereka pada musim depan.

Doucoure menyertai Watford daripada kelab Perancis, Stade Rennais pada tahun 2016 dan pada musim ini beliau telah membuat 23 penampilan dengan tujuh gol berjaya dijaringkan beliau dalam kesemua kejohanan bersama Watford.

Namun dalam satu temuramah bersama  Telefoot (rujuk pada video dibawah), Doucoure telah mendedahkan pasukan mana yang menjadi pilihan beliau.

Walaupun mengakui bahawa beliau adalah pemain Watford dan mahu menamatkan musim ini bersama Watford dengan baik namun beliau turut teruja dengan 'rumors' yang mengaitkan beliau bersama ketiga-tiga pasukan ini.

"Adakah benar mereka (kelab) ini berminat?"

"Tetapi saya di Watford untuk masa ini dan saya mahu menamatkan musim saya dengan baik."

Bagaimanapun ketika didesak mengenai pasukan mana yang menjadi pilihan beliau sekiranya diberi peluang (diantara Arsenal,Tottenham dan Liverpool), beliau kemudiannya dengan yakin menjawab: "Arsenal, kerana Arsene Wenger."

Wenger menjadi penyebab Doucoure mahu menyertai Arsenal.
Namun sejauh mana 'rumors' ini bakal bertukar menjadi kenyataan, hanya bakal terjawab pada musim depan. 


VIDEO TEMURAMAH BERSAMA TELEFOOT

Terjemahan: In an interview at Téléfoot, Abdoulaye Doucouré Watford player, recognized the interest of Tottenham, Liverpool and Arsenal. Later, in the interview, he was asked a series of quick questions. To one of Tottenham or Arsenal said "Arsenal by Arséne Wenger" 

Post a Comment

Previous Post Next Post