Alexis Sanchez dedah punca mengapa beliau tinggalkan Arsenal.


"Saya tinggalkan Arsenal untk sertai Manchester United demi kemenangan" - Alexis Sanchez.

Alexis Sanchez dalam laporan yang dikeluarkan oleh Sky Sports mendedahkan punca sebenar beliau tinggalkan Arsenal dan sertai Manchester United.



Menurut laporan tersebut, Sanchez merasakan dengan menyertai Man.United beliau percaya bahawa beliau mampu meraih segala kemenangan bersama kelab tersebut.

Masa depan pemain kebangsaan Chile ini menjadi subjek spekulasi selama berbulan-bulan, terutama nya semenjak memasuki tahun akhir kontrak beliau bersama Arsenal pada Julai lalu.

Perpindahan beliau ke Manchester City dilaporkan menemui kegagalan pada akhir Ogos lalu, memaksa beliau terus kekal bersama Arsenal sehingga Januari tahun ini.

Walaupun City sekali lagi dilaporkan cuba untuk mendapatkan beliau pada Januari lalu namun United difahamkan telah menawarkan kepada Sanchez tawaran yang jauh lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh City kepada beliau, sekaligus menyaksikan pemain kedua-dua kelab ini (Arsenal dan Man.United - Mkhitaryan dan Sanchez) bertukar kelab.

Bercakap kepada Sky Sports, Sanchez berkata: 

"Saya fikir Manchester United, semenjak saya masih kecil dan saya bukannya mengatakan ini kerana saya di sini, saya seorang lelaki yang jujur dan saya tidak pernah berbohong - saya fikir ia (Man.United) adalah kelab terbesar di England. Itulah yang saya fikirkan."

"Terdapat banyak kelab besar, dan bermain untuk Arsenal, mereka juga salah satu daripada mereka, kelab yang besar dan saya pernah berada disana."

"Tetapi datang ke sini, melihat lencana, saya fikir United mampu memenangi segala-galanya kerana ia adalah kelab besar. Lambang kelab itu menjelaskan semuanya."

"Saya datang ke sini untuk memenangi (trofi). Saya meninggalkan Arsenal kerana saya ingin mengembangkan dan mempelajari perkara baru sebagai pemain, dan dapat menimba pengalaman bersama kelab baru."

"Manchester United adalah kelab besar di pentas global, saya datang ke sini untuk memenangi segala-galanya, jika tidak, saya tidak akan datang ke sini."

Sanchez told Henry he joined United to "win everything". Kredit gambar Sky Sports.


Post a Comment

Previous Post Next Post