Spurs akhirnya merasai Wembley bagaikan 'rumah sendiri'

Berikutan kesukaran beraksi di Stadium Wembley sebelum ini, pengurus Spurs, Mauricio Pochettino akhirnya mengakui mereka kini selesa beraksi distadium tersebut.



Menerima kunjungan Arsenal malam ini, Pochettino mengakui dimana mereka semakin selesa dan mampu beraksi dengan baik di Wembley berbanding prestasi mereka musim sebelum ini apabila beraksi di Wembley.

Musim lalu mereka beraksi di Wembley bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah yang menyaksikan mereka tersingkir daripada kejohanan tersebut ekoran prestasi buruk ditempat sendiri (menggunakan Stadium Wembley sebagai 'home').

Dan musim ini dengan rekod cemerlang di Wembley, Spurs mampu mengekalkan 12 perlawanan tanpa kalah ketika beraksi distadium tersebut.

Dengan prestasi menakjubkan itu, Pochettino percaya pasukan beliau ketika ini mampu menyesuaikan diri dengan padang dan stadium tersebut serta yakin menghasilkan keputusan positif pada perlawanan menentang Arsenal malam ini.

Memetik temubual yang disiarkan oleh Sky Sports:

"Sudah tentu, ia sukar pada permulaan," kata pengurus kelahiran Argentina itu. 

"Ia seperti membesar di rumah tertentu selama 20 tahun dan kemudian berpindah."

"Anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, anda tidak akan tidur dengan baik untuk beberapa malam pertama, ia adalah sebuah rumah baru yang bukan rumah anda, tetapi sekarang kita mula merasakan bahawa Wembley adalah rumah kita."

Tugas utama Pochettino kini adalah memastikan Tottenham mampu beraksi di stadium baru mereka dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah yang mana ketika ini hanya terpisah dengan satu mata dengan pasukan Chelsea yang berada ditempat keempat liga.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger pernah melakukan atau menjalani tempoh peralihan yang sama ketika Arsenal berpindah ke Stadium Emirates dari Highbury pada tahun 2006 namun Pochettino tidak mahu melihat atau dikaitkan dirinya sama dengan pencapaian yang dilakukan oleh pengurus Arsenal itu.

"Sukar untuk menjadi seperti beliau (Wenger)," 

"Untuk sebab-sebab yang berbeza, ia adalah sukar. Mungkin kita bercakap mengenai salah seorang pengurus terakhir yang mampu menggunakan pengaruh dan kuasa untuk sebuah kelab. Pemilikkan hari ini jelas berbeza."

"Sebelum ini, England adalah syurga untuk bolasepak. Ia adalah unik, dengan ada rasa hormat kepada orang ramai, menghormati para pengurus, dan walaupun saya tiba di Southampton pada lima tahun yang lalu, ianya masih ada."

"Namun kini pemilikkan amat berbeza. Apabila bolasepak Inggeris mula berintegrasi dengan bolasepak Eropah, England mula berkongsi budaya Latin."

"Dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semua yang berlaku dalam permainan Inggeris adalah serupa dengan apa yang akan berlaku di negara Eropah yang lain."

Post a Comment

Previous Post Next Post