Alexis Sanchez terima hukuman penjara selama 16 bulan

Bekas bintang Arsenal, Alexis Sanchez yang kini bersama Manchester United dilaporkan menerima hukuman penjara selama 16 bulan ekoran tindakan beliau mengelak daripada membayar cukai sebanyak £886,000 ketika bersama Barcelona.

Namun pemain ini terselamat daripada dipenjarakan kerana kesalahan beliau ini merupakan kesalahan pertama dan tempoh hukuman penjara yang dikenakan keatas beliau kurang daripada dua tahun.

Bagaimanapun beliau terpaksa membayar denda sebanyak £525,000 beserta cukai yang tidak dijelaskan sebanyak £886,000 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak £1,411,000 juta.

Di bawah undang-undang Sepanyol, mana-mana individu yang menerima hukuman (penjara) selama dua tahun atau kurang daripada itu, boleh menangguhkan hukuman tersebut dengan melalui tempoh percubaan dengan syarat dalam tempoh penangguhan itu mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Sanchez didakwa melakukan kesalahan tersebut antara tahun 2012 dan 2013 dan beliau merupakan pemain yang menerima bayaran paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris dengan dianggarkan menerima sebanyak £ 14 juta setahun selepas cukai.

Dan beliau merupakan salah seorang pemain berprofil tinggi yang telah melanggar undang-undang cukai di Sepanyol.

Bulan lalu, pemain tengah Real Madrid, Luka Modric membayar pihak berkuasa fiskal Sepanyol hampir 1 juta Euro untuk menyelesaikan kes cukai berkaitan hak cipta imej beliau.

Sumber: BBC

Post a Comment

Previous Post Next Post