Aubameyang dedah punca sebenar sertai Arsenal.


Pierre-Emerick Aubameyang dedahkan Henrikh Mkhitaryan merupakan punca sebenar beliau sertai Arsenal yang merupakan perpindahan terbesar dalam karier beliau. 

Pemain kebangsaan Gabon ini menyertai Arsenal daripada Borussia Dortmund pada saat akhir perpindahan Januari lalu mengakui bekas rakan sepasukan beliau ketika beraksi bersama kelab Jerman (Dortmund) merupakan punca sebenar beliau menyertai Arsenal.



Pendedahan ini dibuat beliau pada Arsenal Weekly Podcast dimana Mkhitaryan telah menghubungi beliau untuk mengetahui sama beliau (Aubameyang) mahu menyertai Arsenal ataupun tidak.


"Ia seperti kembali bersama (bersatu semula dengan) abang, sahabat baik," kata Aubameyang kepada Arsenal Weekly Podcast.

Gandingan Aubameyang dan Mkhitaryan ketika bersama Dortmund.
"Kami bermain bersama pada masa lalu dan saya sangat gembira melihatnya lagi"

"Beliau menghubungi saya beberapa kali dan bertanya, 'Adakah anda datang atau tidak?' Saya berkata, 'Pertama, anda perlu memberitahu saya jika anda menandatangani atau tidak'.

"Beliau memberitahu saya bahawa semuanya telah selesai dan sudah tentu ia merupakan faktor terbesar (utama) saya datang ke sini (menyertai Arsenal)"

"Kami memahami antara satu sama lain, baik dipadang mahupun luar padang dan sebab itu ia menjadi lebih mudah di padang"

"Sudah tentu peminat teruja untuk melihat kami kembali bersama (bersatu) dan kami akan melakukan yang terbaik untuk Arsenal sebagaimana yang telah kami lakukan dahulu (ketika di Dortmund)"

Kedua-dua mereka berjaya mempamerkan aksi cemerlang pada penampilan pertama mereka bergandingan ketika menewaskan Everton minggu lalu dengan Aubameyang berjaya menjaringkan satu gol dan Mkhitaryan melengkapkan hat-trick bagi bantuan gol.

Kini mereka berdua bersatu kembali di Arsenal.
Dan minggu ini (Sabtu, jam 8.30 malam - waktu Malaysia), Arsenal bakal berkunjung ke Wembely bagi menghadapi derby Utara London menentang Tottenham.



Post a Comment

Previous Post Next Post