Lewandowski sedih Aubameyang sertai Arsenal

Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski menyifatkan kehilangan Aubameyang daripada Bundesliga sesuatu yang menyedihkan buat dirinya.



Lewandowski, 29 tahun pernah bergandingan bersama Aubameyang ketika bersama Dortmund pada tahun ataupun musim 2013-2014.

Lewandowski pernah bergandingan bersama Aubameyang ketika bersama Dortmund pada musim 2013-2014.
Kemudian pada musim berikutnya (2014-2015), Lewandowski berhijrah menyertai Bayern Munich yang menyaksikan kisah 'permusuhan' diantara mereka berdua bermula didalam saingan Bundesliga.

Dan bercakap kepada Kicker (majalah sukan Jerman), sebagaimana dipetik daripada laman Mundo Deportivo, pemain kebangsaan Poland ini yang dikaitkan dengan perpindahan menyertai Real Madrid mendedahkan dimana beliau amat merindui aksi daripada pemain kebangsaan Gabon ini (Aubameyang).

Walaupun berlainan pasukan beliau tetap menganggap saingan yang ditunjukan daripada Aubameyang banyak membantu beliau dalam mengekalkan serta meningkatkan prestasi selain motivasi dalam menjaringkan gol.

Permusuhan dua sahabat ini bermula pada musim 2014-2015 apabila Lewandowski menyertai Bayern Munich.

Menurut Lewandowski, persaingan sihat diantara mereka (Lewandowski dan Aubameyang) banyak memberi manfaat kepada beliau berdua namun dengan ketiadaan Aubameyang ketika ini (dalam Bundesliga), beliau terpaksa menguatkan semangat dan mental dalam memberikan persembahan terbaik tanpa mengharapkan persaingan daripada mana-mana pemain.
“Aubameyang? It was nice to rival him to become the best top scorer of the league. I am sorry he left because this kind of competition is good for both. Now I have to be strong enough mentally to do my job without depending on the competition with somebody else.”
Beliau turut mendedahkan dimana beliau ketika ini tidak terlalu memikirkan soal perpindahan selepas dikaitkan dengan Real Madrid sebaliknya mahu menumpukan perhatian terhadap Bayern Munich.

Kerana bagi beliau adalah penting buat beliau mengutamakan pasukan ketika ini berbanding spekulasi perpindahan yang mengaitkan beliau menyertai Real Madrid.

Selain itu juga beliau turut memuji pengendali Bayern Munich selain gembira dapat bekerja bersama Jupp Heynckes yang disifatkan beliau sebagai seorang yang luar biasa dan pemain perlu menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh Heynckes.

Jupp Heynckes 

Post a Comment

Previous Post Next Post