Wenger lebih memahami pemain berbanding Mourinho.

Pemain baru yang menyertai Arsenal, Henrikh Mkhitaryan mendedahkan dimana Arsene Wenger lebih mesra dan tenang berbanding bekas pengurus beliau ketika di Manchester United, Jose Mourinho.

Pemain Armenia ini berpindah daripada Manchester United menyertai Arsenal pada perpindahan Januari lalu dalam perjanjian ataupun menjadi sebahagian daripada perjanjian yang membawa Alexis Sanchez ke Old Trafford.



Perpindahan ini menamatkan aksi beliau bersama United dengan 63 penambilan bagi kesemua kejohanan yang disertainya bersama kelab itu dengan 13 gol dan 11 bantuan gol berjaya direkodkan beliau.

Disamping berjaya memenangi tiga kejuaraan bersama United iaitu Piala EFL, Juara Liga Europa dan Juara Piala Perisai Komuniti.

Namun memasuki musim kedua bersama United, beliau dilaporkan tidak lagi menjadi pilihan Mourinho, pengurus yang bertanggungjawab membawa beliau daripada Borrusia Dortmund pada musim 2016/17 menyertai United.

Bersama Arsenal ketika ini, beliau telah menghasilkan tiga bantuan gol dan menurut laporan yang dikeluarkan oleh ESPN, Mkhitaryan mendedahkan bahawa Arsene Wenger lebih memahami beliau berbanding Mourinho.
"Mourinho required a lot from the players. A lot, he was very hard." Mkhitaryan told SFR Sport on Friday.
"Arsene Wenger lebih mesra, beliau memahami, boleh berfikir mengenai situasi pemain, lebih tenang, itulah perbezaannya."

Wenger lebih memahami pemain berbanding Mourinho. 
Walaupun mengalami masa yang sukar ketika bersama United, namun Mkhitaryan yakin beliau telah menghasilkan impak positif bersama kelab tersebut.

"Saya fikir saya meninggalkan kesan di Manchester, walaupun saya menghadapi kesukaran disana,"

"Kami memenangi tiga trofi dalam tempoh setahun setengah dan bukan semua kelab mampu melakukan begitu."

Man.United muncul juara Liga Europa apabila menewaskan Ajax 2-0 hasil jaringan Mkhitaryan dan Pogba.
"Kami memenangi Liga Europa, saya telah menjaringkan satu gol. Jika orang mengatakan bahawa saya tidak mempunyai cukup kejayaan, itu adalah pendapat mereka, tetapi saya boleh katakan bahawa saya mempunyai banyak kejayaan bersama United."

Post a Comment

Previous Post Next Post