Henry dapat sokongan daripada Laporta.

Bekas Presiden Barcelona, Joan Laporta percaya bahawa Thierry Henry merupakan individu paling sesuai untuk menggantikan Arsene Wenger sebagai pengurus pasukan  Arsenal.

Thierry Henry sebelum ini mengatakan bahawa ianya menjadi satu impian buat beliau untuk menjadi pengurus pasukan Arsenal dan bekas penyerang Arsenal serta Barcelona ini mendapat sokongan daripada Joan Laporta, yang mana beliau merasakan bahawa Henry mampu menjadi versi baru Pep Guardiola.



Tekanan untuk melihat pengurus Arsenal, Arsene Wenger digantikan kembali menjadi hangat selepas dua kekalahan dalam dua perlawanan terakhir Arsenal yang mana salah satu perlawanan tersebut menyaksikan Arsenal gagal memenangi trofi Piala EFL selepas tewas 3-0 kepada Manchcester City.

Pengurus Celtic, Brendan Rodgers dan pengendali skuad kebangsaan Jerman, Joachim Low antara yang dikaitkan dengan jawatan panas Arsenal ketika ini walaupun kontrak Wenger bakal berakhir pada penghujung musim 2018/19.

Selepas kekalahan 3-0 Arsenal kepada Manchester City dalam saingan akhir Piala EFL, Henry telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa beliau amat berminat untuk menjadi pengurus kepada pasukan Arsenal.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Arsenal ini juga pernah beraksi bersama Barcelona dibawah kendalian Pep Guardiola sebelum menyertai New York Red Bulls dan bersara daripada karier beliau selaku pemain bolasepak pada tahun 2014.

Dan bekas Presiden Barcelona, Joan Laporta percaya bahawa Henry merupakan individu paling sesuai untuk menggantikan Arsene Wenger yang telah bersama Arsenal semenjak tahun 1996.

Joan Laporta menjadi Presiden Barcelona dari tahun 2003 sehingga 2010.
Dalam temubual dengan Telegraph, Laporta membicarakan mengenai penyerang yang ditandatangani beliau untuk bekas kelabnya (Barcelona) dari Arsenal pada 2007.

"Ciri yang sama dimana kami menghargai Pep Guardiola ketika memutuskan untuk melantik beliau sebagai jurulatih pasukan pertama, Thierry mempunyai banyak persamaan dalam ciri-ciri tersebut," jelas Laporta kepada Telegraph.

"Jika beliau mahu menjadi jurulatih dan secara khususnya mahu menjadi jurulatih Arsenal, maka ia adalah kerana beliau yakin bahawa beliau dapat melakukannya dengan baik dan beliau sentiasa mencari kecemerlangan sepanjang masa, sama seperti ketika beliau seorang pemain."

"Beliau tahu mengenai bolasepak, sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia, sama seperti Pep Guardiola dan Johan Cruyff, mereka tahu bolasepak dengan baik. Mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk menjadi seorang jurulatih yang hebat."

"Beliau juga tahu mengenai Arsenal, penyokong, kelab dan beliau adalah individu yang layak untuk menerima diatas apa yang beliau usahakan, saya percaya beliau boleh menjadi jurulatih yang sangat baik, untuk beliau, dengan reputasinya, ianya tidak boleh diterima untuk gagal."

Henry kini menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan Belgium yang dikendalikan oleh Roberto Martinez dan bakal bertemu England pada peringkat kumpulan dalam kejohanan Piala Dunia 2018.

Post a Comment

Previous Post Next Post