Arsenal kemungkinan tanpa Petr Cech menghadapi derby utara London.

Penjaga gol utama Arsenal, Petr Cech mengalami kecederaan ketika Arsenal membelasah Everton 5-1 pada Sabtu lalu dijangkakan tidak sempat pulih dalam masa terdekat ini.
Dan beliau kemungkinan tidak akan disenaraikan bersama skuad bagi menghadapi pertembungan Sabtu ini di Stadium Wembley, menentang Spurs.

David Ospina mungkin diberi peluang untuk aksi derby utara London pada hujung minggu ini memandangkan keadaan Petr Čech yang masih bergelut dengan kecederaan betis beliau.

Menentang Spurs di Wembley mungkin memberikan sedikit kelebihan buat Arsenal dan Ospina dimana beliau pernah beraksi distadium ini pada perlawanan Akhir Piala FA musim lalu yang menyaksikan Arsenal berjaya menewaskan Chelsea 2-1 untuk menjulang Piala FA 2017.

Cech, 35 tahun masih belum terlepas aksi dalam saingan liga musim ini dan beliau bakal menjadi penjaga gol pertama dalam Liga Perdana Inggeris yang berjaya mencipta rekod 200 perlawanan dengan 'clean sheets'.

Namun usaha tersebut masih tersangkut dengan 199 perlawanan.
 
Peluang terbaik buat Ospina buktikan kemampuan


Post a Comment

Previous Post Next Post