Aubameyang tidak dapat beraksi bersama Arsenal bagi saingan Liga Europa

 

Aubameyang yang menyertai Arsenal pada jendela perpindahan Januari lalu sah tidak dapat mewakili Arsenal bagi saingan Liga Europa.

Setelah sah menjadi pemain Arsenal, timbul kekeliruan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal mengenai status Aubamenyang bagi saingan Europa termasuklah penulis sendiri. 😊



Namun segala kekeliruan ini akhirnya terungkai apabila laman rasmi Europa menjelaskan status pemain ini yang tidak layak mewakili Arsenal bagi saingan Liga Europa.

KENAPA TIDAK LAYAK


Aubameyang tidak layak mewakili Arsenal memandangkan Dortmund yang beraksi disaingan Liga Juara-Juara tersingkir dari saingan tersebut dan menyertai saingan Europa diperingkat pusingan 32.

Dan mengikut peraturan UEFA - Artikel 43:

43.01 Bagi semua perlawanan yang bermula pada pusingan 32, sesebuah kelab itu boleh mendaftarkan maksimum tiga pemain yang layak untuk mengharungi baki perlawanan dalam kejohanan ini.

Pendaftaran tersebut hendaklah dihantar/diserah pada 1 Februari 2018 (24.00CET) pada tarikh yang dan waktu terkini. Tarikh dan waktu tutup pendaftaran ini tidak boleh dilanjutkan. 

43.02 Seseorang pemain itu, dari kuota (di atas ) tiga pemain yang telah diturunkan (beraksi) dalam pertandingan peringkat kumpulan bagi kejohanan UEFA untuk kelab yang lain pada musim yang sama (semasa) boleh didaftarkan secara dengan syarat pemain tidak tersebut tidak beraksi pada atau diturunkan:

a. dalam pertandingan yang sama untuk kelab lain; atau 

b. untuk kelab lain yang kini berada dalam saingan (kejohanan) yang sama. 

Walaupun beliau hanya bermain untuk Dortmund pada saingan Liga Juara-Juara UEFA musim ini, namun dengan Dortmung kini berada disaingan Liga Europa bersama dengan Arsenal, faktor ini menyebabkan Aubameyang tidak layak mewakili Arsenal pada kejohanan ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post