PL 2: Arsenal U23 4-0 Everton U23

Arsenal U23 4-0 Everton U23

Premier League 2 - Division One
Skuad bawah 23 tahun Arsenal meneruskan rentak cemerlang bagi keseluruhan pasukan Arsenal minggu ini selepas pasukan senior (Arsenal) berjaya mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 keatas Everton, dikuti dengan skuad U18 yang berjaya menewaskan Liverpool pada saingan kelima Piala FA Remaja 3-2 dan pasukan Wanita Arsenal yang turut cemerlang apabila menewaskan pasukan Yeovil Town dalam saingan pusingan kelima Piala FA Wanita 3-0.


Dan pagi tadi skuad U23 Arsenal meneruskan kecemerlangan Arsenal apabila berjaya menewaskan skuad U23 Everton 4-0.
Skuad Arsenal U23 meneruskan kecemerlangan apabila melakarkan enam kemenangan berturut-turut semenjak menang keatas pendahulu liga Liverpool.

Pada perlawanan tersebut, Nketiah berjaya meledak hatrik manakala Nelson pula menyumbangkan satu gol bagi memastikan kemenagan bergaya skuad Arsenal U23 keatas U23 Everton 4-0.

Dengan reputasi terbaik 15 gol dalam empat perlawanan sebelum menanti Everton di Meadow Park sudah pasti membuatkan pasukan lawan sedikit terkesan.

Gol pertama terhasil daripada sepakan sudut kedalam kawasan penalti, dengan keadaan kelam kabut Nketiah berjaya menyepak masuk bola muntah untuk Arsenal mendahului perlawanan.

Nelson kemudiannya pada minit ke-26 dengan larian solo berjaya memperdayakan 4 orang pemain Everton sebelum menyudahkannya untuk gol kedua U23 Arsenal.


Separuh masa Arsenal mendahului dengan jaringan dua gol tanpa balas. 
Nketiah berjaya meledak hatrik
Bersambung ke babak kedua perlawanan, Nketiah berjaya menambah dua gol pada minit ke-62 dan 77 bagi melengkapkan hatrik beliau dan perlawanan berkesudahan dengan kemenangan besar buat Arsenal.
Kesebelasan utama: Iliev, Osei-Tutu, Mavropanos, Holding, Bola, Smith Rowe, Willock, Dragomir, Amaechi, Nelson, Nketiah
Simpanan: Keto, Medley, Gilmour, John-Jules, Burton

Dengan kemenangan ini, ianya sekaligus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Liverpool yang ketika ini hanya dipisahkan dengan satu mata bersama Arsenal yang berada dikedudukan kedua liga.
Dengan baki perlawanan yang masih tinggal enam perlawanan sahaja lagi, sudah pasti persaingan merebut kejuaraan liga kali ini menjadi lebih sengit bagi kedua-dua pasukan ini.

Arsenal U23 akan bertandang ke Holmes Park bagi menentang Leicester City, pasukan dikedudukan ketiga liga yang dipisahkan hanya 2 mata, namun Leicester City telah bermain lebih satu perlawanan berbanding Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post