Aubameyang belum pasti beraksi menentang Everton

Pierre-Emerick Aubameyang menyertai Arsenal dengan nilai perpindahan yang menjadi rekod baru buat kelab apabila perpindahan beliau mencecah nilai £56 juta.

Dan sudah pastinya peminat begitu teruja untuk melihat aksi beliau bersama Arsenal lebih-lebih lagi Arsenal bakal beraksi pada hujung minggu ini dalam saingan liga.



Namun,bukan sahaja peminat, malahan Wenger sendiri dikatakan tidak sabar untuk melihat aksi pemain ini bersama Arsenal.

Bagaimanapun, kita semua terpaksa bersabar untuk melihat aksi beliau apabila laporan terkini mengatakan bahawa pemain ini mengalami masalah kesihatan yang mungkin tidak mampu diturunkan dalam perlawanan menentang Everton hujung minggu ini.
Aubameyang was sick, so we will assess him. - Arsene Wenger.
Jika benar Aubameyang tidak dapat diturunkan kerana sakit (masalah kesihatan), nampaknya kta terpaksa bersabar untuk melihat gandingan Micki dan Auba disamping Ozil.

Dan diharapkan masalah kesihatan Auba tidak serius dan segera sembuh.

Atau Wenger mahu bermain perang psychologi sekali lagi.

Yang pasti pertembungan menentang Everton amat menarik jika gandingan ini dapat diturunkan bersama.

Namun perlawanan ini juga mungkin sedikit emosi memandangkan bekas pemain Arsenal yang baru dilepaskan ke Everton, Theo Walcott mungkin turut beraksi. 

Kepulangan pemain yang mungkin mencetuskan perasaan berbelah bagi kerana terlalu awal untuk bertembung dengan bekas kelab lama (Arsenal) bagi Walcott dan juga peminat.

Jendela perpindahan yang luar biasa kali ini turut menyaksikan Olivier Giroud menyertai Chelsea ketika Arsenal sah menandatangani Aubameyang selain penyerang Chelsea, Michy Batshuayi menyertai Dortmund untuk melengkapkan perpindahan tiga penjuru diantara dua kelab London dan gergasi Jerman, Dortmund.

"Ianya begitu sukar kerana sudah tentu Dortmund memerlukan pengganti," jelas Wenger mengenai perpindahan Aubameyang.

"Ini satu perjanjian yang 'cryptic' kerana Giroud pergi ke Chelsea dan Batshuayi pergi ke Dortmund. Itulah sebabnya ia menjadi tegang sehingga ke akhir dengan masa menjadi semakin singkat."

Dan beberapa hari kemudian Mesut Ozil mengakhiri spekulasi masa depannya bersama Arsenal apabila menandatangani perjanjian baru yang menyaksikan beliau kekal untuk tempoh tiga tahun lagi.

"Ramai yang meramalkan Ozil tidak akan melakukan tetapi berita baik untuk Arsenal," kata Wenger.

"Hakikatnya, anda berjaya mengekalkan seorang pemain yang berkaliber itu adalah berita baik."

Post a Comment

Previous Post Next Post