Mampukah Aubameyang menjadi 'Thierry Henry'

Penyerang baru Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang menetapkan sasaran beliau untuk menjadi seperti lagenda kelab, Thierry Henry.

Beliau menyertai Arsenal dengan rekod perpindahan tertinggi yang pernah dicatatkan kelab  (£56 juta) menyatakan keinginan dan hasrat beliau untuk menjadi seperti Henry sejurus menyertai Arsenal secara rasmi daripada Borussia Dortmund. 



Bersama Dortmund, beliau sememangnya dilihat cukup cemerlang apabila dalam saingan liga musim ini beliau telah berjaya menjaringkan 13 gol daripada 16 penampilan.

Persoalan yang bermain diminda ketika ini adakah beliau bakal menikmati permainan yang cemerlang sebagaimana ketika bersama Dortmund?

Beliau memilikki kelincahan dan kelajuan yang sama sebagaimana Henry satu ketika dulu bersama Arsenal dan juga turut memiliki kualiti berbisa ketika dihadapan pintu gol lawan yang mana ianya merupakan ciri-ciri yang hampir menyerupai Henry.

Dengan menyarung jersi bernombor 14 bersama Arsenal (nombor yang sinonim dengan Henry ketika bersama Arsenal) adakah Aubameyang bersedia dan mampu memikul bebanan yang bakal diletakkan terhadap beliau.


Dalam temubual yang diterbitkan pada laman rasmi Arsenal, Abumeyang dilihat yakin untuk mencipta kejayaan seperti Henry namun beliau turut menegaskan bahawa beliau terpaksa bekerja lebih kuat bagi mencapai hasrat beliau dalam menjadi seperti lagenda Arsenal, Thierry Henry.

Namun begitu, kehadiran bekas rakan sepasukan beliau ketika di Dortmund, Henrikh Mkhitaryan  dijangka dapat meringankan bebanan beliau dan mungkin memudahkan kerja beliau diatas padang.

"Saya sangat gembira berada disini. Sudah tentu saya boleh bersama Micki dalam pasukan ini. Jadi saya sangat gembira berada di sini bersama pasukan hebat ini." 

"Saya rasa kelab mempunyai sejarah yang besar dengan pemain hebat seperti Thierry Henry, dan beliau adalah contoh penyerang kami, saya sangat gembira, sebagaimana yang saya katakan sebelum ini."

"Beliau memiliki kepantasan dan telah menjaringkan banyak gol. Beliau benar-benar merupakan satu contoh kepada saya."

"Saya fikir saya harus lebih banyak berusaha untuk menjadi seperti beliau, dan saya akan usahakan."

"Saya juga pemain yang pantas dan saya telah menjaringkan banyak gol juga,sedikit menyamai Henry, tetapi seperti yang saya katakan tadi dimana saya perlu bekerja lebih kuat."

Dan ditanya mengenai harapan beliau kepada penyokong Arsenal, beliau menjelaskan dimana :
"I hope that we will come back to the top as soon as possible. I will do my best to join in."

Rekod musim pertama Henry bersama Arsenal (musim 1999-2000)

Saingan Penampilan Jaringan gol Bantuan Gol Minit Permainan
Premier League 31 17 7 2,249'
UEFA Cup 8 7 - 583'
Champions League 4 1 - 59



Arsenal turut mempunyai seorang lagi penyerang yang dibawa masuk musim ini iaitu Alexandre Lacazette dengan nilai perpindahan sekitar £46.5 juta.

Dan sudah pasti ianya menarik untuk menyaksikan gandingan jentera serangan Arsenal kali ini apabila memiliki pemain seperti Lacazette, Aubameyang, Mesut Ozil dan juga Mkhitaryan .

Rekod musim pertama Lacazette bersama Arsenal (setakat ini)

Saingan Penampilan Jaringan gol Bantuan Gol Minit Permainan
Premier League 25 9 4 1.796
EFL Cup 2 - - 150'
Community Shield 1 - - 66'

Mengikut rekod data gandingan dua pemain ini (Aubameyang dan Mkhitaryan ) ketika berada di Dortmund, mereka menikmati musim ketiga dengan penuh cemerlang apabila kedua-dua mereka menyumbang 62 gol dan 44 bantuan gol bagi kesemua saingan bersama Dortmund.

Rekod gandingan Aubameyang bersama Mkhitaryan selama tiga musim di Dormund

Musim 2013-2014 2014-2015 2015-2016
Pemain Penampilan Jaringan Assists Penampilan Jaringan Assists Penampilan Jaringan Assists
Aubameyang 24 21 3 46 25 11 49 39 12
Mkhitaryan 46 13 10 42 5 7 52 23 32
JUMLAH 70 34 13 86 30 18 101 62 44

Rekod penampilan Aubameyang bersama dua musim d Dortmund tanpa Mkhitaryan

Musim 2016-2017 2017-2018
Pemain Penampilan Jaringan gol Bantuan Gol Penampilan Jaringan gol Bantuan Gol
Aubameyang 46 40 5 24 21 3

Post a Comment

Previous Post Next Post