Kontroversi Mesut Ozil berlarutan...

Mesut Ozil mengumumkan bahawa beliau telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal untuk tempoh tiga tahun lagi yang mana menyaksikan beliau akan kekal bersama Arsenal sehingga tahun 2021.

Dan pengumuman tersebut nyata menggembirakan peminat dan penyokong Arsenal yang mana telah lama menantikan perkembangan ini.



Setelah kehilangan Alexis Sanchez kepada Manchester United pada jendela perpindahan Januari lalu, peminat tidak sanggup lagi untuk melihat seorang lagi pemain Arsenal menyertai pasukan itu jika Ozil tidak menyambung kontrak beliau bersama Arsenal.

Ini kerana terdapat laporan yang mengatakan dimana Manchester United berminat untuk mendapatkan Ozil pada penghujung musim ini jika gagal dalam mendapatkan beliau pada perpindahan bulan Januari.

Namun disebalik pengumuman yang menggembirakan buat peminat Arsenal ini, terdapat juga pihak yang tidak begitu senang dengan pengumuman yang dibuat oleh Ozil ini.

Sebelum pengumuman rasmi dibuat, Ozil terlebih dahulu memberi bayangan bahawa beliau akan menyambung kontrak beliau bersama Arsenal apabila memuat naik pada laman sosial beliau dengan caption "Hari yang sibuk dengan menandatangani autograf".
Dan keesokan harinya Mesut Ozil telah mengumumkan secara rasmi bahawa beliau telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal untuk tempoh tiga tahun lagi.


Pun begitu, kegembiraan ini tidak semua penyokong dan peminat Arsenal nikmati.

Lagenda Arsenal, Ian Wright sebelum ini pernah mengkritik Ozil kerana tidak menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.

Dan apabila Ozil mengumumkan berita mengenai perkembangan terbaru (menandatangani) kontrak baru bersama Arsenal, Ian Wright dilaporkan telah mempersoalkan tindakan Ozil ini.

Komen Ian Wright sebagaimana dilaporkan oleh Metro.
Tidak dapat dipastikan sama ada ianya benar-benar wujud komen daripada Ian Wright atau tidak dan semakan kami tidak menemui komen tersebut atau mungkin telah dipadamkan oleh Wright.

Nampaknya...kesian Ozil. Sign salah ...tak sign salah.....Oh MyGooners.

Post a Comment

Previous Post Next Post