Saya mahu tinggalkan Bordeaux

Pemain yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal dan Tottenham, Malcom  sahkan bahawa beliau mahu tinggalkan Bordeaux pada jendela perpindahan Januari lalu.

Walaupun bersetuju untuk kekal bersama Bordeaux sehingga akhir musim ini, namun Malcom mendedahkan bahawa beliau sememangnya berhasrat untuk meninggalkan kelab itu pada Januari lalu dengan dikatakan sedia berhijrah ke Liga Perdana Inggeris.



Antara kelab Inggeris yang dikaitkan dengan pemain muda berusia 20 tahun ini adalah Arsenal dan Tottenham namun penyerang kelahiran Brazil ini akhirnya memutuskan untuk kekal bersama Bordeaux di Ligue 1 (Liga Perancis) setelah berjaya dipujuk oleh kelab itu.

Malcom musim ini telah membuat 26 penampilan dengan lapan gol serta enam bantuan gol telah dihasilkan beliau untuk kesemua kejohanan bersama Bordeaux dan beliau merupakan prospek yang cukup cemerlang dalam bolasepak Eropah ketika ini.

"Saya mahu berhijrah, saya bercakap perkara yang benar," kata Malcom kepada Telefoot. 

"Ia merupakan impian saya untuk maju dalam kerjaya saya"

"Saya telah berbincang dengan presiden (Stephane Martin), beliau memberitahu saya bahawa beliau tahu ia adalah impian saya, namun beliau juga memerlukan saya"

"Saya memberitahu kepada beliau bahawa beliau boleh bergantung kepada saya sehingga akhir musim ini. Saya akan melakukan yang terbaik untuk membawa Bordeaux menamatkan saingan liga dengan berada dikelompok enam pasukan terbaik"

Dengan hanya menjaringkan satu gol semenjak awal Disember lalu, Malcom kini menetapkan matlamat baru buat beliau untuk menamatkan kempen liga.

"Saya tahu saya boleh melakukan dengan lebih baik," 

"Saya akan cuba melakukan segalanya demi kerana saya menyayangi Bordeaux."

"Saya akan memberikan yang terbaik hingga ke akhirnya bagi menunjukkan bahawa saya kekal untuk membantu dan melakukan yang lebih baik."

Gus Poyet berjaya menghasilkan keputusan positif bagi dua perlawanan pertama beliau selaku pengendali Bordeaux.
Bordeaux kini dikendalikan oleh Gustavo Poyet yang menggantikan Jocelyn Gourvennec pada 20 Januari lalu berjaya merekodkan dua kemenangan dalam dua penampilan pertama beliau selaku pengurus pasukan kelab itu. 

Post a Comment

Previous Post Next Post