Perkembangan Liga : West Ham tandatangani Patrice Evra

West Ham dilaporkan telah melengkapkan perpindahan Patrice Evra secara percuma.

Patrice Evra, 36 tahun menjadi pemain bebas selama tiga bulan selepas dilepaskan oleh Marseille pada November tahun lalu ekoran insiden yang menyaksikan beliau digantung oleh UEFA.



Tindakan Evra yang mencetuskan provokasi kepada penyokong Marseille menyebabkan beliau dilepaskan oleh kelab itu serta menerima penggantungan daripada UEFA sehingga Jun 2018.


Insiden kekecohan Evra bersama penyokong Marseille.
Penggantungan itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada kejohanan dibawah naungan UEFA dan tidak termasuk bagi kejohanan domestik termasuklah Liga Perdana Inggeris.

Pemain ini tidak mewakili mana-mana pasukan selama tiga bulan (pemain bebas) dibenarkan menyertai mana-mana pasukan ataupun kelab walaupun jendela perpindahan telah pun berakhir.

Post a Comment

Previous Post Next Post