Bekas pemain Arsenal nafi terlibat dalam industri 'filem dewasa'.


Jermaine Pennant merupakan pemain sayap yang pernah mewakili Arsenal dan Liverpool menafikan penglibatan beliau dalam industri 'filem dewasa'.

Beliau menyertai Arsenal pada tahun 1999 ketika usia 15 tahun dan dilepaskan kelab pada tahun 2005. Sepanjang karier beliau bersama Arsenal, beliau telah membuat 12 penampilan liga dengan tiga gol berjaya disumbangkan beliau.

Tahun 2006 sehingga 2009 beliau bersama Liverpool dan berjaya membuat 55 penampilan liga dengan jumlah jaringan yang sama berjaya dijaringkan beliau (ketika bersama Arsenal), tiga gol.

Ketika ini beliau tidak mewakili mana-mana kelab selepas kontrak beliau bersama Billericay Town berakhir bulan lalu.

Sebelum itu beliau pernah beraksi bersama kelab Singapura, Tampines Rovers pada tahun 2016 dengan 21 penampilan dan lima gol berjaya direkodkan beliau.

Dan Jumaat lalu, akhbar UK, Daily Mail melaporkan dimana pemain berusia 35 tahun ini telah muncul bersama pasangan beliau Alice Goodwin dalam 'filem dewasa' secara online.

Jermaine Pennant has reportedly been caught starring in webcam sex shows with his glamour model wife Alice Goodwin. Kredit gambar: Daily Mail
Namun Pennant menafikan dakwaan tersebut dan menganggp ianya adalah tidak benar sama sekali sebagaimana petikan daripada The Mirror.

"Memanggil saya seorang 'bintang lucah' dan memaparkannya pada muka depan akhbar mereka hanyalah satu perkara melucukan, ianya satu jenaka."

"Masalahnya, sesetengah orang benar-benar percaya bahawa saya terlibat dalam industri lucah."

"Saya tidak mempunyai kehidupan yang sempurna dan buku terbaru saya 'MENTAL' akan dikeluarkan bagi membolehkan orang ramai membaca mengenai kehidupan lampau saya tetapi saya tidak dan tidak akan menjadi seorang bintang 'filem dewasa', ia amat melucukan, saya seorang lelaki yang sudah berkahwin dan hidup bersama isteri saya serta anak perempuan saya."

"Malah kebimbangan utama bagi saya dan Alice adalah pengaruh semua ini kepada keluarga dan rakan-rakan."

"Peguam-peguam kami akan menguruskan situasi ini sekarang, perkara seperti ini perlu dihentikan, hanya kerana saya dilihat sebagai sasaran yang mudah, ianya tidak bermakna memberi hak dan peluang kepada sesiapa untuk menulis cerita seperti itu."

"Akan ada banyak berita utama apabila buku saya dilancarkan dalam masa beberapa bulan nanti dan saya dengan senang hati untuk menerima kritikan tersebut namun saya bukanlah seorang bintang 'filem dewasa'. "

Pennant setakat ini menikmati perjalanan bolasepak penuh nomadic (*nomad - berpindah randah) dan karier beliau sentiasa dipenuhi dengan kisah suka dan duka sepanjang penglibatan beliau dalam dunia bolasepak. 

Selepas memulakan kerjayanya di Notts County, beliau menyertai Arsenal pada tahun 1999 dan kemudian membuat 18 penampilan (secara keseluruhnya) untuk The Gunners sebelum meninggalkan kelab tersebut dan menyertai Birmingham City pada tahun 2005.

Bersama Birmingham City, beliau pernah menghabiskan masa selama 30 hari didalam penjara kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan lesen memandu beliau dibatalkan serta terpaksa memakai alat pengesan eletronik dikaki beliau selepas dibebaskan.

Dan beliau merupakan pemain bolasepak pertama yang menggunakan alat tersebut ketika beraksi dalam perlawanan bolasepak.

Jermaine Pennant has become the first footballer to play in the Premiership while wearing an electronic tag. - BBC.
Pada tahun 2006, beliau berpindah ke Liverpool, yang mana dia muncul sebanyak 80 kali sebelum menyertai Real Zaragoza pada tahun 2009.

Pennant ketika bersama Liverpool pada tahun 2006 sehingga 2009.
Bersama kelab Sepanyol itu, beliau turut mencipta perkara lucu apabila pada Januari 2011 dimana beliau telah dilaporkan bahawa beliau terlupa yang mana beliau memiliki kereta Porsche Turbo yang dibiarkan terbiar selama lima bulan dan dipenuhi dengan saman akibat tidak membayar 'parking'.
Jermaine Pennant simply could not remember owning an expensive Porsche, after leaving it at Zaragoza train station for a staggering five months. - Metro
Pada tahun 2011, beliau berpindah ke Stoke City dan bermula daripada itu, kerjayanya membawa beliau ke Wolverhampton Wanderers, Liga Super India mewakili Pune City, Wigan Athletic, Tampines Rovers di Singapura, Bury dan akhir sekali Billericay Town pada tahun 2017.

Post a Comment

Previous Post Next Post