Jurgen Klopp kini berjaya menempatkan diri dalam senarai pengurus yang berjaya mencatatkan 50 kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris.

Dengan 50 kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris itu, beliau kini setaraf dengan Brendan Rodgers selaku pegurus Liverpool.



Namun dimanakah kedudukan beliau dalam senarai Top 10 pengurus yang berjaya (paling cepat) mencatatkan 50 kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris? 

Kemenangan 2-0 Liverpool keatas Southampton menjadikan beliau pengurus dikedudukan kesempilan paling cepat mencatatkan 50 kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dalam sejarah.

Berikut adalah senarai Top 10 Pengurus yang paling cepat mencatatkan 50 kemenangan dalam saingan Liga Perdanan Inggeris.


10. David O'Leary (99 perlawanan)

9. Jurgen Klopp (95 perlawanan)

8. Arsene Wenger (94 perlawanan)


7. Rafael Benitez (93 perlawanan)

6. Kevin Keegan (92 perlawanan)

5. Kenny Dalglish (91 perlawanan)

4. Roberto Mancini (83 perlawanan)

3. Alex Ferguson (82 perlawanan)

2. Manuel Pellegrini (75 perlawanan)

1. Jose Mourinho (63 perlawanan)

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu mengambil tempoh 95 perlawanan liga semenjak menyertai Liverpool untuk mencatatkan 50 kemenangan namun kedudukan ini mungkin berubah memandangkan pengurus Manchester City, Pep Guardiola ketika ini berjaya mencatatkan 46 kemenangan daripada 65 perlawanan (liga) semenjak menyertai kelab tersebut.

Begitu juga dengan pengurus Chelsea, Antonio Conte yang mana telah memenangi 45 perlawanan liga daripada 64 perlawanan yang dikendalikan beliau bersama Chelsea.

Namun kedua-dua mereka masih gagal untuk memintas kedudukan (pencapaian) yang dilakukan Jose Mourinho ketika mengendalikan pasukan Chelsea (dari musim 2004 sehingga 2007) yang hanya memerlukan 63 perlawanan untuk mencatatkan 50 kemenangan dalam saingan liga.

Post a Comment

Previous Post Next Post