Kekalahan yang menyukarkan Arsenal

Kekalahan kepada seteru utama, Tottenham malam tadi menyukarkan peluang Arsenal untuk memburu tempat - empat pasukan terbaik liga.

Dengan perbezaan mata semakin ketara ketika ini, Arsenal berada ditangga keenam liga dengan mengumpul mata sebanyak 45 berbanding Tottenham yang berada ditangga ketiga (buat sementara) dengan mengumpul 52 mata.



Namun carta kedudukan liga ketika ini (rujuk dibawah) masih belum dimuktamad ketika ini dengan dua pasukan masih belum beraksi bagi perlawanan ke-27 liga iaitu Chelsea dan Liverpool.

# Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Manchester City 27 23 3 1 79 20 +59 72
2 Manchester United 26 17 5 4 51 18 +33 56
3 Tottenham Hotspur 27 15 7 5 52 24 +28 52
4 Liverpool 26 14 9 3 59 31 +28 51
5 Chelsea 26 15 5 6 46 23 +23 50
6 Arsenal 27 13 6 8 51 36 +15 45

Andai kata Chelsea mencapai kemenangan (menentang West Brom) dan Liverpool juga turut menang (menentang Southampton), tugas Arsenal untuk memburu tempat 4 pasukan terbaik liga menjadi lebih sukar kerana perbezaan tujuh mata dibelakang Spurs yang akan turun ke tangga kelima liga.

Pun begitu jika sekiranya kedua-dua pasukan tersebut mengalami kekalahan, peluang Arsenal untuk memburu tempat dikalangan 4 pasukan terbaik juga sukar memandangkan perbezaan mata diantara Arsenal dan Chelsea yang dipisahkan dengan lima mata.

Jaringan tunggal perlawanan oleh Kane.
Pada perlawanan malam tadi, jaringan tunggal perlawanan daripada Harry Kane pada separuh masa kedua sudah memadai buat Spurs membawa tiga mata berharga buat mereka dan sekaligus menyukarkan pasukan Arsenal dalam pemburuan tempat terbaik liga ketika ini.

Jalan terbaik buat Arsenal ketika ini adalah memberi tumpuan dan mencari kejuaraan dalam saingan Liga Europa bagi melayakkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan.

Bercakap kepada wartawan dalam sidang media selepas perlawanan tersebut, Wenger menjelaskan dimana peluang Arsenal untuk merebut tempat dikalangan empat pasukan terbaik menjadi lebih sukar selepas tewas kepada Tottenham malam tadi.

Pun begitu, beliau yakin bahawa pasukan beliau masih berpeluang namun terpaksa bekerja lebih keras selain berjuang memburu kemenangan dalam baki perlawanan liga.

"Ini satu perlawanan yang mana kita tidak mampu untuk kalah,"

"Ia membuatkan kita lebih sukar (dalam merebut tempat dalam empat pasukan terbaik) namun kita harus berjuang"

"Rekod kami ( bermain ditempat lawan) sangan teruk. Saya juga percaya, apabila mereka menjaringkan gol, itu memainkan peranan."

Wenger pada perlawanan itu kelihatan kecewa setelah tindakan Kane yang didakwa beliau menolak Koscielny terlepas daripada hukuman pengadil selain membenarkan jaringan tersebut  akhirnya mengakui bahawa jaringan yang dibuat oleh penyerang Spurs itu adalah adil.

"Saya tidak mempunyai sebarang bantahan mengenai gol itu," jelas Wenger.

"Saya telah melihatnya semula, ianya gol yang biasa. Kita boleh menyaksikannya sendiri."

"Beliau penyerang yang hebat, salah seorang penyerang yang terbaik di dunia yang menjaringkan gol dalam semua perlawanan."

Gandingan Aubameyang, Henrikh Mkhitaryan dan Mesut Ozil dalam perlawanan ini dilihat gagal menghasilkan ancaman kepada pihak lawan sebelum pemain gantian, Alexandre Lacazette mengecewakan harapan penyokong selepas terlepas dua perluang terbaik untuk menyamakan kedudukan.


Lacazette terlepas peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir perlawanan.
Arsenal juga dikritik ekoran persembahan yang dilihat lebih banyak bermain secara bertahan dalam kebanyakkan perlawanan liga musim ini termasuklah pada perlawanan malam tadi, namun Wenger percaya kegagalan mereka dalam menyempurnakan peluang yang terhidang memaksa mereka membayar dengan harga yang mahal (kalah).

"Perlawanan ini sepatutnya diselesai pada separuh masa pertama untuk saya, kami terlepas peluang dalam serangan balas. Itu tidak boleh diterima diperingkat ini," jelas Wenger.

"Separuh kedua, kita sepatutnya hanya kehilangan permainan dalam beberapa minit pertama, mereka mempunyai banyak peluang. Pada akhirnya, kita sepatutnya berjaya mengikat kedudukan menjadi 1-1."

"Bolasepak adalah mengenai jaringan gol. Anda boleh mengatakan kami tidak cukup kuat, tetapi anda lihat pada peluang yang ada dan kami tidak menjaringkan gol yang mencukupi."

"Saya percaya bahawa kami mempunyai peluang, situasi berbahaya yang mana kami tidak berjaya mengubah menjadi peluang (jaringan gol). Itulah penyesalan saya. Kami gagal berfungsi dengan baik dalam menyempurnakan peluang."

"Secara keseluruhan, apabila anda mempunyai dua atau tiga peluang seperti yang kami ada di pada babak akhir permainan, anda perlu mengambil peluang anda. Anda tidak akan mempunyai 10 peluang, jika anda tidak mengambilnya, anda akan mengalaminya seperti hari ini (kekalahan)."

Arsenal bakal menentang Ostersunds pada Jumaat ini jam 2 pagi (waktu Malaysia) bagi saingan peringkat 32 Liga Europa.


Post a Comment

Previous Post Next Post