Conte yakinkan Giroud

Pengurus Chelsea, Antonio Conte berjaya yakinkan Oliver Giroud untuk tinggalkan Arsenal dan sertai skuad kendalian beliau.

Giroud menyertai Chelsea dengan nilai perpindahan yang dilaporkan berjumlah £18 juta pada saat akhir jendela perpindahan Januari lalu dengan kontrak selama 18 bulan bersama kelab tersebut.



Sebelum itu, Chelsea telah dikaitkan dengan beberapa penyerang seperti Peter Crouch, Ashley Barnes dan juga Edin Dzeko untuk dibawa masuk ke Stamford Bride.

Namun akhirnya mereka berjaya mendapatkan  penyerang Arsenal, Oliver Giroud (31 tahun) untuk memperkuatkan barisan serangan mereka ketika ini.

Dan tujuan mereka adalah bagi membantu dan meringankan bebanan yang dipikul oleh penyerang mereka, Alvaro Morata yang ketika ini bergelut dalam mempamerkan aksi cemerlang.

Morata setakat ini telah membuat 20 penampilan dalam saingan liga dan berjaya menjaringkan 10 gol namun dengan tahap kecergasan dan kesihatan (mengalami kecederaan) memaksa Conte mencari penyelesaian segera bagi menampung kekurangan pada jentera serangan Chelsea.

Rekod penampilan Morata setakat ini.


Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Gol per minit
Premier League 20 10 4 152
UEFA Champions League 5 1 - 353
EFL Cup 3 1 - 109
FA Cup 2 - - -
Community Shield 1 - - -
JUMLAH 31 12 4 171

Giroud ketika bersama Arsenal telah memenangi tiga kejuaraan Piala FA dan menurut pendedahan yang dibuat oleh FFT, Antonio Conte dilaporkan telah berjaya menyakinkan Giroud untuk menyertai mereka pada perpindahan baru-baru ini.


Dan Giroud turut mengakui dimana kesungguhan yang ditunjukkan Conte untuk mendapatkan beliau juga menjadi salah satu foktor untuk beliau menerima tawaran menyertai Chelsea.

"Perkara yang paling penting adalah perbincangan bersama jurulatih, Antonio Conte," jelas Giroud yang dipetik daripada laman rasmi kelab tersebut.

"Saya berasa seperti beliau benar-benar mahukan saya dan beliau begitu bersungguh mahu bekerja bersama saya"

"Saya mahu menyertai Chelsea dan tiada tempat lain lagi, saya mahu bermain lebih banyak. Saya mahu kekal dalam Liga Perdana Inggeris dan Chelsea bagi saya adalah tempat yang sesuai kerana saya juga boleh tinggal di London"

"Tetapi sebab utama adalah cabaran sukan. Itu selalu menjadi keutamaan saya. Semuanya ada di sini untuk saya gembira."

"Cita-cita saya adalah untuk memenangi beberapa piala, itulah sebabnya saya bermain bolasepak, saya gemar pesaingan dan saya mahu menang dan terus menang"

"Saya juga mahu menjaringkan gol sebanyak mungkin bagi membantu pasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan dan saya juga mahu kekal kosisten."

Giroud turut dilaporkan tidak sabar untuk beraksi bersama Chelsea setelah menyaksikan perlawanan pertama selaku pemain Chelsea dibangku simpanan ketika Chelsea tewas 3-0 dilaman sendiri kepada Bournemouth awal Februari lalu.

"Saya tidak kenal beliau dengan baik tetapi saya suka tenaga positif yang dihasilkannya dari tepi padang, sentiasa menyokong pemainnya, bercakap dengan mereka," jelas Giroud.

"Saya fikir komunikasi adalah paling penting dalam bolasepak dan dalam semua sukan secara umumnya"

"Bagi saya, hubungan anda dengan jurulatih adalah sangat penting. Falsafah taktikalnya sangat bagus kerana beliau merupakan orang Itali"

"Chelsea adalah pasukan yang kuat dan mereka cukup berkesan pada bahagian serangan dengan pemain yang hebat, jadi saya fikir saya akan menikmatinya"

Perpindahan Giroud ke Chelsea menyaksikan beliau bakal kembali beraksi didalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan perlawanan seterusnya bagi Chelsea adalah menentang Barcelona pada 21 Februari nanti (pusingan 16).

"Liga Juara-juara sangan besar dan amat bererti buat seorang pemain bolasepak"

"Tiada apa lagi yang paling besar (kejohanan) ketika bermain untuk sebuah kelab"

"Akan ada dua perlawanan yang menarik ketika menentang Barcelona dan kami tahu kualiti mereka dan saya fikir semua pemain bakal memberikan 100 peratus bagi melepasi halangan ini"

"Ianya sangat menarik dan saya tidak sabar untuk menantikannya."

Rekod penampilan Giroud setakat ini bagi musim 2017-2018

Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit per gol Minit Permainan
Premier League 16 4 - 93 373
Europa League 6 3 - 180 540
EFL Cup 3 - - - 288
Community Shield 1 - - - 24
JUMLAH 26 7 - 175 1,225

Post a Comment

Previous Post Next Post