"Kami dah tahu lama dah Ozil akan kekal"

Menurut Bellerin, beliau dan kesemua rakan-rakan yang lain di Arsenal tahu bahawa Mesut Ozil akan kekal bersama Arsenal.

Mesut Ozil menamatkan spekulasi mengenai masa depan beliau bersama Arsenal apabila menandatangani kontrak baru bersama Arsenal dan Hector Bellerin tidak pernah meragui keputusan Ozil untuk kekal bersama kelab walaupun sebelum pengumuman tersebut dibuat secara rasmi oleh Ozil dan Arsenal.



'Semua orang' di Arsenal sememangnya tahu bahawa Mesut Ozil akan memberikan komitmen beliau kepada kelab kerana semangat yang ditunjukkan oleh Ozil terhadap Gunners dan London, tegas Hector Bellerin.

Penghujung bulan Januari, ketika Arsenal menghampiri saat penuh dramatik dalam jendela perpindahan yang menyaksikan Aubameyang berjaya dibawa masuk Arsenal, dunia seakan melupai tentang perkembangan Ozil yang mana kontrak beliau hanya tinggal lima bulan sahaja lagi sebelum berakhir bersama Arsenal.

Dan pada 1 Februari 2018, Arsenal menamatkan spekulasi yang menyelubungi Ozil apabila pemain kebangsaan Jerman ini bersetuju untuk menyambung kontrak beliau dan pengumuman rasmi mengenai ini turut dibuat.

Selain berjaya membawa masuk Aubameyang, kejayaan Arsenal mengekalkan Ozil bersama kelab sehingga tahun 2021 merupakan berita gembira berganda buat peminat dan penyokong Arsenal ketika ini.

Sebelum itu, hampir setahun perkembangan mengenai masa depan Ozil sering dikeliling oleh khabar angin yang mengaitkan beliau dengan perpindahan namun Bellerin yang dipetik daripada laporan FourFour Two menegaskan bahawa beliau sentiasa yakin bahawa Ozil akan kekal bersama mereka.

"Semua orang ditempat latihan, semua orang didalam pasukan tahu beliau akan kekal bersama kami." Bellerin memberitahu laman web rasmi kelab.

"Beliau merupakan seorang lelaki yang mencintai dan menyukai London, menyayangi Arsenal dan beliau sering marah apabila keadaan tidak berjalan dengan baik, jadi anda tahu bahawa betapa pentingnya kemenangan ataupun kekalahan buat beliau terhadap kelab ini. Jadi saya fikir semua orang dikelab, dibilik persalinan mengetahui hal ini, dan ianya pasti."

"Ianya merupakan satu berita yang menggembirakan, bagaikan baru berjaya menandatangani beliau."

"Dan ianya sudah pasti amat menggembirakan buat Arsenal dan juga peminat kerana berjaya mengekalkan pemain yang mempunyai kualiti seperti beliau."
Ozil menyertai Arsenal pada  September 2013

Post a Comment

Previous Post Next Post