🎥 EFL Cup : Arsenal 0-3 Manchester City

Arsenal tewas sekali lagi dalam cubaan menjuarai Piala EFL - Carabao Cup dibawah kendalian Arsene Wenger dan Pep Guardiola berjaya perolehi piala pertama dalam karier beliau bersama Manchester City.


Manchester City terlalu kuat buat Arsenal apabila tampil dengan permainan lebih bertenaga untuk menjuarai Piala EFL - Carabao Cup 2018 dengan keputusan 3-0 menewaskan Arsenal.

Dua gol pada separuh masa kedua dalam tempoh tujuh minit meranapkan impian Arsenal untuk bangkit setelah ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama perlawanan.

Guardiola berjaya merangkul trofi pertama di Liga Inggeris.
Kemenangan City ini turut memberikan trofi kejuaraan pertama buat pengendali mereka, Pep Guardiola semenjak menyertai Liga Perdana Inggeris pada musim lalu (1 Februari 2016).


Musim pertama jurulatih kelahiran Sepanyol ini bersama City boleh dianggap satu permulaan yang silap (false start) apabila berakhir tanpa sebarang trofi bersama kelab tersebut.

Beliau yang memiliki 11 gelaran utama bersama Barcelona dan tujuh bersama Bayern dijangka mampu untuk menambahkan koleksi kejuaraan beliau apabila unggul mendahului liga ketika ini disamping berpeluang ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Selepas tewas mengejut kepada kelab divisyen ketiga Wigan Athletic minggu lalu dalam saingan Piala FA, kemenangan 3-0 di Wembley ke atas Arsenal bagaikan menebus kekecewaan mereka setelah terlepas salah satu piala yang menjadi sasaran mereka musim ini.

"Kami mempunyai musim yang hebat dan kami perlu teruskannya," kata pemain Belgium, De Bruyne.

"Kami sudah memiliki satu trofi dan kini kami perlu kekalkan fokus yang sama untuk Liga Perdana dan Liga Juara-Juara Eropah."

"Potensi kelab ini sungguh menakjubkan, cara kami bermain mungkin antara yang terbaik di dunia."

Bek kanan Kyle Walker yang dibeli daripada Tottenham Hotspur dengan bayaran 50 juta pound (RM273.7 juta) menjulang gelaran pertamanya biarpun pernah tewas apabila diturunkan pada final kejohanan sama ketika mewakili Tottenham.

"Pencapaian kami musim lalu tidak begitu baik jadi adalah penting untuk memenangi trofi ini," katanya.

Jaringan pembukaan daripada Sergio Aguero pada minit ke-18 merupakan jaringan yang kelima dalam lima perlawanan berturut-turut menentang Arsenal, memisahkan kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua perlawanan, City terus menguasai perlawanan apabila berjaya menambah dua lagi gol menerusi jaringan kapten Vincent Kompany (minti ke-58) dan David Silva pada minit ke-65 perlawanan.
 

Highlights Perlawanan


Post a Comment

Previous Post Next Post