Hector Bellerin persoal adakah Arsenal Fan TV merupakan penyokong

Pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin mempersoalkan sama ada mereka di Arsenal Fan TV benar-benar peminat Arsenal sambil menegaskan beliau dan pemain-pemain Arsenal yang lain tidak memberi perhatian kepada  kritikan yang dilontarkan mereka melalui saluran YouTube itu.



Bellerin mengkritik saluran ArsenalFanTV dalam penampilan baru-baru ini di Oxford Union dan mendakwa kejayaan saluran peminat YouTube yang popular itu sebagai 'kegagalan.'

Pertahanan Arsenal ini merupakan tetamu undangan dalam sesi temubual di universiti berprestij itu membicarakan bersama masyarakat dan menjawab soalan tentang pelbagai topik termasuklah bolasepak, fesyen - dan budaya TV. 

Terdahulu ArsenalFanTV telah meluahkan pendapat mereka mengenai pemilihan pemain yang dibuat Wenger gagal dalam setiap perlawanan serta mengkritik pemain-pemain tertentu berbanding daripada membicarakan dan mengulas mengenai bolasepak  itu sendiri.

Dan kritikan serta pendapat mereka (Arsenal Fan TV) sering dibiarkan menjadi persoalan tanpa mendapat sebarang jawapan mahupun respon daripada pemain dan pengurusan Arsenal.

Tetapi kini, mereka dan juga kita semua akhirnya memperolehi jawapan tersebut.
Dan pada sesi tersebut, seorang penonton telah bertanyakan kepada pemain antarabangsa Sepanyol itu dengan soalan "Apakah yang anda akan buat terhadap Arsenal Fan TV dan adakah mana-mana pemain menontonnya atau adakah anda diarahkan untuk tidak menontonnya?"

Walaupun Bellerin menjelaskan bahawa mereka (pemain) tidak akan mencari video yang dikeluarkan oleh ArsenalFanTV itu dan ia tidak memberi sebarang kesan terhadap mereka (pemain), namun kadang-kadang video tersebut muncul pada platform media sosial mereka.
"I don't think there's players who go on the internet to watch Arsenal Fan TV,"
Dan Bellerin turut mempersoalkan jika mereka (Arsenal Fan TV) benar-benar boleh dianggap peminat jika mengambil kesempatan terhadapan kejatuhan orang lain (pasukan dan pemain).

"Saya fikir ia sangat salah bagi seseorang yang mendakwa dirinya sebagai 'peminat' dan kejayaan mereka berdasarkan kegagalan dan kejatuhan (kelab dan pemain), jadi bagaimana ia menjadi peminat?"

"Saya fikir ia hanyalah mereka yang cuba membuat keuntungan melalui cara mereka, yang mana semua orang berhak untuk melakukannya, tetapi bagi kami selaku pemain, ia tidak menjejaskan kami. "

"Jika mereka mahu mempersendakan (to have fun), biarkan mereka menikmatinya tetapi apabila anda mula matang (membesar) anda akan menyedari apa yang penting untuk anda dengarkan dan apa yang tidak perlu diambil."

"Jika jurulatih datang dan memberitahu saya 'Anda telah melakukan sesuatu yang salah', saya akan mengambil nasihat itu, tetapi jika seseorang dari Arsenal Fan TV mengatakan lelaki ini perlu melakukan ini, saya tidak akan mengendahkan beliau." 

"Tetapi mereka berhak keatas pendapat mereka dan cara mereka mahu melakukannya, jadi jika orang merasakan ianya lucu, maka pergi dan menontonnya." 
 

Video penuh sesi soal jawab

Komen Bellerin turut mendapat respon warga twitter:


Post a Comment

Previous Post Next Post