Liverpool dilaporkan berminat dapatkan Jack Wilshere jika pemain ini menolak tawaran kontrak bersama Arsenal.
Jack Wilshere masih belum membuat sebarang keputusan mengenai tawaran kontrak yang dikemukakan Arsenal terhadap beliau.
Walaupun laporan sebelum ini mengatakan dimana Wilshere telah memberi bayangan untuk kekal bersama Arsenal (baca: Jack bakal tandatangani kontrak baru) dan bagaimana perpindahan Sanchez bakal memperngaruhi rundingan kontrak Mesut Ozil dan Jack Wilshere (baca : Bagaimana perpindahan Sanchez ke Man.United mempengaruhi rundingan kontrak Ozil dan Wilshere), namun segalanya kelihatan berubah setelah kemasukan Henrikh Mkhitaryan.
Difahamkan dimana Wilshere masih belum menandatangani kontrak baru yang ditawarkan oleh Arsenal ekoran tawaran kontrak baru itu berdasarkan penampilan beliau (beraksi) yang seterusnya juga menyaksikan pemotongan gaji beliau (berkurangan).
Ketika ini Wilshere menerima £90,000 seminggu dan dengan tawaran baru itu, dilaporkan bahawa beliau bakal menerima kurang daripada jumlah tersebut namun jika dicampur dengan bonus penampilan, Wilshere masih mampu menerima sekitar £120,000 seminggu.
Difahamkan juga dimana tawaran baru itu dibuat berdasarkan jumlah penampilan (bonus) kerana faktor kesihatan Wilshere yang sering mengalami kecederaan.
Jika Wilshere menolak tawaran tersebut, ini bermakna beliau bakal meninggalkan kelab dan menjadi pemain bebas (free agent) pada penghujung musim ini.
Menurut media UK, pengurus Liverpool , Jurgen Klopp dikatakan sedia untuk membawa Wilshere ke Anfield dengan menawarkan gaji yang sama diperolehi Wilshere ketika ini bersama Arsenal.
Klopp yang dilaporkan berminat dengan Wilshere dikatakan mahu menggantikan pemain ini dengan Emre Can yang enggan menandatangani kontrak baru bersama Liverpool.
Kontrak Can bakal berakhir dipenghujung musim ini (sama seperti Wilshere) dan dilaporkan Juventus dan juga Manchester City berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Jerman ini (secara percuma).
Terdahulu, Klopp telah memberi bayangan dimana pemain tersebut (Emre Can) tidak berminat untuk menandatangani kontrak baru bersama Liverpool apabila mengatakan: "Kadang-kala pemain hanya mahu menghabiskan kontrak mereka. Dan ini tidak memberikan kebaikan kepada kelab, namun ada masanya, di mana anda perlu menerima hakikat tersebut."
Henrikh Mkhitaryan
Jika sebelum ini, kami mengatakan (rujuk kepada : Bagaimana perpindahan Sanchez ke Man.United mempengaruhi rundingan kontrak Ozil dan Wilshere) dimana ketiadaan Sanchez bakal memberi peluang buat Ozil mendapatkan No.10 (yang ketika ini digunakan Wilshere) dan Wilshere bakal menggunakan No.7 (yang digunakan Sanchez musim ini bersama Arsenal) pada musim hadapan, namun kemasukan Mkhitaryan musim ini menggantikan Sanchez mungkin menyukarkan situasi Wilshere (selain faktor lain).
Melainkan Mkhitaryan diberikan nombor baru musim ini depan.
Mengikut rekod, Mkhitaryan pernah menggunakan jersi bernombor berikut bersama kelab-kelab yang pernah diwakili beliau.
Musim | Kelab | Nombor Jersi |
---|---|---|
17/18 | Arsenal FC | 7 |
17/18 | Manchester United | 22 |
16/17 | Manchester United | 22 |
15/16 | Borussia Dortmund | 10 |
14/15 | Borussia Dortmund | 10 |
13/14 | Borussia Dortmund | 10 |
12/13 | Shakhtar Donetsk | 22 |
11/12 | Shakhtar Donetsk | 22 |
10/11 | Shakhtar Donetsk | 22 |
10/11 | Metalurh Donetsk | 22 |
09/10 | Metalurh Donetsk | 22 |
09/10 | FC Pyunik Erewan | 22 |
08/09 | FC Pyunik Erewan | 22 |
07/08 | FC Pyunik Erewan | 22 |
07/08 | FC Pyunik Erewan | 35 |
Adakah nombor jersi menjadi punca Jack Wilshere menangguhkan kontrak (menandatangani) beliau, atau faktor gaji yang menjadi penyebab utama ataupun juga faktor penampilan?