Wenger 'berhati-hati' dalam membandingkan Aubameyang dengan Thierry Henry

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger akui bahawa Pierre-Emerick Aubameyang mirip pemain lagenda Arsenal, Thierry Henry.

Wenger menyamakan Aubameyang dengan Henry sambil berharap penyerang tersebut mampu mengikuti jejak Henry menjadi pemain terhebat kelab walaupun ianya masih terlalu awal untuk membandingkan kedua-dua pemain tersebut.


Selepas menyertai Arsenal, Aubameyang mengatakan bahawa beliau mahu menjadi seperti Henry yang merupakan penjaring terbanyak kelab sepanjang masa.

Wenger walaupun berhati-hati dalam membandingkan Aubameyang dengan Henry, namun beliau tetap mengatakan bahawa pemain antarabangsa Gabon itu mempunyai sifat yang sama dengan Henry sebagaimana dilaporkan oleh Sky Sports.

"Saya boleh katakan beliau seperti Thierry Henry dengan kualiti lariannya, namun agak terlalu awal untuk membandingkannya dengan pemain terbaik yang pernah bermain di sini," jelas Wenger.

"Beliau telah bermain satu perlawanan. Namun ianya satu contoh yang baik untuk dibandingkan."

"Penyudah beliau cukup cemerlang dan bagus. Anda tidak akan menjaringkan gol secara kebetulan selama bertahun-tahun, jika anda menjaringkan banyak gol. Walaupun bermain lima sebelah, beliau masih mampu menjaringkan gol, jadi jika seseorang itu dapat mengulanginya pada tahap tertinggi, itu bermakna mereka mempunyai kualiti itu."

"Dari segi larian, beliau juga merupakan satu contoh yang baik untuk dibandingkan. Tetapi Henry lebih banyak berlari mendapatkan bola dan lebih banyak menyumbang dalam permainan." 

Namun jelas Wenger lagi, ianya terlalu awal buat beliau untuk menilai dan menjelaskan mengenai Aubameyang memandangkan pemain itu baru seminggu bersama Arsenal.

Dan Wenger percaya bahawa Aubameyang seorang yang fokus dengan kerjayanya dan mampu memberikan perhatian serta penglibatannya bersama pasukan.

Post a Comment

Previous Post Next Post