Suka duka Januari 2018


Bulan Januari tahun ini (2018) merupakan bulan yang paling sibuk dalam sejarah perpindahan Arsenal.

Bermula dengan rumors yang mengaitkan beberapa pemain yang bakal dibawa masuk menyertai Arsenal hinggalah penjualan pemain-pemain sedia ada didalam skuad Arsenal.


Sukar untuk menggambarkan perasaan penulis ketika beberapa pengumuman jual beli yang telah dilakukan oleh Arsenal.

Gembira...? Sudah tentu gembira apabila Arsenal berjaya membawa masuk Aubameyang dan Ozil pula telah menandatangani kontrak baru untuk tempoh tiga tahun lagi bersama Arsenal.

Sedih...? Tipulah kalau penulis tidak sedih dengan kehilangan pemain seperti Giroud dan Theo (dilepaskan).

Kecewa...? Pun ada, kerana hingga ke saat ini masih tiada perkembangan positif mengenai rundingan kontrak Jack Wilshere.

Apa-apa pun, itu semua adalah lumrah kehidupan dunia bolasepak yang mana sudah pasti ada pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi kebaikan dan kemajuan kelab.

Dan sudah tentu kita selaku penyokong dan peminat haruslah menerima keadaan dan perkembangan ini secara positif.

Sebelum bermulanya jendela perpindahan Januari, antara pemain yang kuat diperkatakan adalah Steven N’Zonzi yang dikatakan hampir pasti menyertai Arsenal selain Thomas Lemar yang mana tawaran Arsenal terhadap pemain ini pada perpindahan awal musim menemui kegagalan walaupun ditelah dipersetujui oleh Monaco.

Dan dikatakan Arsenal bakal menyambung rundingan bagi mendapatkan kembali pemain ini. Namun segalanya hanyalah khabar angin semata-mata.

Berikut adalah senarai pemain yang dikaitkan dengan Arsenal:

Bil. Pemain Kelab
1 Thomas Lemar Monaco
2 Malcom Bordeaux
3 Jonny Evans West Brom
4 Lucas Moura PSG
5 Anthony Martial Man. United
6 Luke Shaw Man. United
7 Riyad Mahrez Leicester City
8 Jean Michael Seri NICE
9 Gelson Martins Sporting Lisbon
10 Cristian Pavon Boca Juniors
11 Leon Bailey Bayer Leverkusen
12 Steven N’Zonzi Sevilla
13 David Luiz Chelsea
14 Wilfried Zaha Crystal Palace
15 Yannick Carrasco Atletico Madrid
16 Nabil Fekir Lyon
17 Aubameyang Borussia Dortmund

Daripada 17 pemain yang dikaitkan dengan Arsenal itu, hanya Aubameyang sahaja yang berjaya menyertai Arsenal.

Itu pun setelah mengharungi pelbagai dugaan yang akhirnya turut menyaksikan perpindahan Giroud menyertai Chelsea.

Bil Pemain Masuk Kelab Asal Nilai Perpindahan
1 Henrikh Mkhitaryan Manchester United Perjanjian pertukaran pemain (Sanchez)
2 Konstantinos Mavropanos PAS Giannina £2.2 juta
3 Pierre-Emerick Aubameyang Borussia Dortmund £56 juta
Jumlah nilai dibelanjakan : £58.2 juta
Perpindahan Januari Arsenal 2017/18.

Manakala bagi pemain Arsenal yang dilepaskan pada jendela perpindahan ini adalah seperti berikut:
Dilepaskan
Bil. Pemain Kelab Nilai
1 Francis Coquelin Valencia £12 juta
2 Mathieu Debuchy Saint-Etienne Percuma
3 Olivier Giroud Chelsea £18 juta
4 Marcus McGuane Barcelona Tidak didedahkan
5 Alexis Sanchez Man Utd Pertukaran Pemain - Mkhitaryan
6 Theo Walcott Everton £20 juta
JUMLAH : £50 juta

Disebalik urusan jual beli pemain, Arsenal seperti biasa menggunakan peluang pada jendela perpindahan Januari untuk menghantar pemain-pemain muda ke kelab lain secara pinjaman.

Dipinjamkan
Bil. Pemain Kelab Posisi
1 Jeff-Reine Adelaide Angers Tengah
2 Chuba Akpom Sint-Truidense Penyerang
3 Krystian Bielik Walsall Pertahanan
4 Stephy Mavididi Charlton Athletic Penyerang
5 Tafari Moore Wycombe Wanderers Pertahanan
6 Julio Pleguezuelo Gimnastic de Tarragona Pertahanan
7 Ben Sheaf Stevenage Tengah

Post a Comment

Previous Post Next Post