🎥 Liga: Terima kasih Jose Mourinho dan Manchester United.

Arsenal mempamerkan persembahan cukup cemerlang untuk mengutip tiga mata penuh dilaman sendiri ketika menentang Everton.

Bekas pemain Manchester United, Henrikh Mkhitaryan menghasilkan tiga bantuan gol (terima  kasih Manchester United dan Jose Mourinho) dalam membantu Arsenal mencatat kemenangan besar buat kali kedua berturut-turut dilaman sendiri.

Aaron Ramsey memulakan pesta gol Arsenal apabila menjaringkan gol pada minit ke-6 perlawanan setelah menerima hantaran daripada Mkhitaryan untuk menewaskan penjaga gol Everton J.Pickfor.

Dan kapten Arsenal, Laurent Koscielny berjaya mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-14 setelah berjaya menanduk masuk bola ke gawang lawan berpunca daripada sepakan sudut Mesut Ozil yang ditanduk Mustafi sebelum beliau menyudahkan untuk gol kedua Arsenal. 

Koscielny menjaringkan gol kedua Arsenal.
Lima minit kemudian (selepas Koscielny menjaringkan gol), Ramsey yang menerima hantaran Iwobi bertindak cemerlang dengan merembat dari luar kotak penalti untuk menjaringkan gol ketiga Arsenal.
Ramsey meraikan gol pertama beliau.
Gandingan dua pemain baru yang dibawa masuk Arsenal pada perpindahan Januari lalu, Pierre-Emerick Aubameyang dan Henrikh Mkhitaryan ternyata tidak mengecewakan peminat dan penyokong Arsenal apabila hasil gerakan kedua-dua pemain ini berjaya menghasilkan gol keempat Arsenal sekali gus menamatkan separuh masa pertama dengan jaringan 4-0.

Aubameyang bertindak cemerlang untuk melepaskan diri daripada barisan pertahanan lawan untuk menyudahkan hantaran daripada bekas rakan sepasukan beliau di Dortmund, Mkhitaryan sebelum menjaringkan gol pada minit ke-37.

Aubameyang bijak menyempurnakan peluang untuk gol keempat Arsenal.
Bersambung babak kedua perlawanan, Arsenal bertindak mengeluarkan Nacho Monreal dan memasukkan Sead Kolasinac pada pertahanan kiri manakala Everton pula mengeluarkan Michael Keane dan menggantikan Tom Davies pada pertahanan mereka.

Dan pada minit ke-61, Everton mengeluarkan bekas pemain Arsenal yang kini beraksi untuk mereka, Theo Walcott dan memasukkan pemain penyerang muda, Dominic Calvert-Lewin bagi memperkuatkan jentera serangan mereka.

Ternyata percaturan mereka berjaya membuahkan hasil apabila Dominic Calvert-Lewin berjaya menjaringkan gol tunggal Everton pada minit ke-64 untuk kedudukan 4-1.

Ramsey sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menjaringkan gol kelima Arsenal pada minit ke-74 sebelum beliau dikeluarkan dan digantikan dengan Jack Wilshere. 

Dan persembahan Ramsey pada perlawanan ini cukup cemerlang setelah berjaya menghasilkan hat-trick dalam membantu Arsenal mencapai kemenangan bergaya keatas Everton 5-1.

Begitu juga dengan persembahan Mkhitaryan yang turut cemerlang dengan sumbangan beliau dalam tiga bantuan gol pada perlawanan ini.

Highlights perlawanan



Statistik Perlawanan


Gol Pertama Arsenal


Gol Kedua Arsenal


Gol Ketiga Arsenal


Gol Keempat Arsenal


Gol Kelima Arsenal


Post a Comment

Previous Post Next Post