Senarai TOP 10 pemain menerima gaji termahal dalam EPL

Jendela perpindahan Januari sudah pun berakhir dengan menyaksikan Arsenal melakukan beberapa kejutan perpindahan pemain kali ini.

Selain berjaya mendapatkan Aubameyang, Arsenal turut 'kehilangan' beberapa pemain utama dan senior kelab seperti Theo Walcott dan Giroud serta perpindahan penuh sensasi yang melihatkan Alexis Sanchez dan juga Henrikh Mkhitaryan.



Namun perkembangan menarik mengenai Mesut Ozil turut mewarnai jendela perpindahan Januari tahun ini apabila beliau secara rasminya telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal yang menyaksikan beliau kini berada didalam senarai TOP 10 Pemain yang menerima gaji tertinggi didalam Liga Perdana Inggeris selain kekal bersama Arsenal sehingga tahun 2021.

Ozil dilaporkan menerima gaji  berjumlah £350,000 seminggu dan merupakan pemain Arsenal yang paling tinggi menerima gaji ketika ini.

Dan jumlah bayaran yang diterima beliau itu juga merupakan antara penerima tertinggi didalam Liga Perdana Inggeris dengan berada dikedudukan kedua teringgi daripada senarai TOP 10 pemain tertinggi menerima bayaran (gaji) didalam Liga Perdana Inggeris.

Berada didalam senarai TOP 10 ini, hanya terdiri daripada pemain empat kelab sahaja dengan Manchester United mendominasi jumlah pemain yang tersenarai dengan empat pemain mereka berada didalam senarai tersebut diikuti oleh jiran mereka, Manchester City dengan tiga pemain.

Manakala Chelsea pula dengan dua pemain dan Mesut Ozil merupakan satu-satunya pemain Arsenal yang berada didalam senarai tersebut.

Manchester United membelanjakan hampir £1,260,000 juta seminggu bagi membayar gaji empat pemain mereka diikuti oleh Manchester City dengan £730,000 seminggu bagi membayar tiga pemain mereka dan Chelsea dengan £440,000 seminggu bagi dua pemain mereka yang tersenarai.



Berikut adala senarai pemain TOP 10 yang menerima bayaran tertinggi didalam saingan Liga Perdana Inggeris (setakat ini).

10- Cesc Fabregas (Chelsea) - £220,000 seminggu.


Mengambil kira dari pelbagai sumber (walaupun terdapat anggaran berbeza mengenai gaji pemain ini) namun dipercayai beliau menerima gaji berjumlah £ 220,000 seminggu apabila beliau menyertai Chelsea dari Barcelona dengan harga perpindahan berjumlah £ 30 juta pada 2014.

10- Eden Hazard (Chelsea) - £220,000 seminggu


Pemain playmaker Belgium, Hazard merupakan pemain Chelsea yang paling berpengaruh beliau menerima gaji mingguan berjumlah £ 220,000.

Dan kontrak beliau bersama Chelsea bakal berakhir pada tahun 2020 dengan Real Madrid dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini.

Perkembangan ini turut menyebabkan pihak Chelsea dikatakan mengambil langkah selamat dengan dilaporkan mereka mula berunding dengan pemain ini mengenai penyambungan kontrak.

10- Yaya Toure (Manchester City) - £220,000 seminggu


Walaupun gagal mendapat tempat didalam kesebelasan utama Man.City musim ini, namun beliau masih menerima gaji yang lumayan daripada City dengan gaji seminggu berjumlah £ 220,000 dan berkongsi tempat bersama dua pemain Chelsea tadi ditangga ke-10 pemain paling tinggi menerima bayaran gaji didalam Liga Perdana Inggeris.

10- Zlatan Ibrahimovic (Manchester United) - £220,000 seminggu


Turut berkongsi kedudukan ditangga ke-10 pemain paling tinggi menerima bayaran gaji didalam Liga Perdana Inggeris adalah bintang sensasi Manchester United, Zlatan Ibrahimovic.

Beliau menerima jumlah yang sama dengan tiga pemain diatas (£ 220,000 seminggu) dan ketika ini beliau dikatakan bakal menyertai LA Galaxy yang bermain di Major League Soccer - MLS.


6- Romelu Lukaku (Manchester United) - £250,000 seminggu


Manchester United bukan sahaja membayar (perpindahan) pemain ini yang berjumlah £75 juta kepada  Everton, malahan mereka juga terpaksa melepas bintang terdahulu mereka iaitu Wayne Rooney bagi mendapatkan pemain ini.

Serta dipercayai juga bahawa Man.United turut /bakal membuat bayaran tambahan berjumlah £15 juta kepada Everton sebagai bayaran tambahan bagi mendapatkan pemain ini.

Selain itu, Man. United membayar gaji mingguan sebanyak £250,000 kepada Lukaku.

6- Kevin de Bruyne (Manchester City) - £250,000 seminggu


Pengumuman mengenai penyambungan kontrak baru pemain dibuat pada hari yang sama ketika Sanchez diumumkan sebagai pemain Man.United dan tindakan ini dikatakan bagi 'merawat' duka setelah gagal mendapatkan Sanchez.

Dengan menandatangi kontrak baru, de Bruyne dilaporkan menerima gaji berjumlah £250,000 seminggu apa yang diterima oleh Lukaku dan kontrak terbaru beliau bakal berakhir pada tahun 2023.

4. Sergio Aguero (Manchester City) - £260,000 seminggu


Penjaring terbanyak pasukan Manchester City ini dilaporkan menerima gaji tertinggi didalam skuad kendalian Pep Guardiola dengan £260,000 seminggu.

3. Paul Pogba (Manchester United) - £290,000 seminggu


Dibawa masuk menyertai Man.United dengan nilai perpindahan yang dilaporkan sekitar £89.3 juta, Pogba dikatakan menerima  £290,000 seminggu.

Terbaru, laporan ada mengatakan dimana beliau kini sedang berunding bagi mendapatkan kontrak baru bersama United.

2. Mesut Ozil (Arsenal) - £350,000 seminggu


Satu-satunya pemain Arsenal yang tersenarai dalam senarai ini adalah Mesut Ozil dengan gaji berjumlah £350,000 seminggu.

Beliau menamatkan spekulasi mengenai perpindahan beliau yang dikatakan bakal menyertai Man.United secara percuma pada musim depan.

Kini beliau bergelar Gunner sehingga tahun 2021.

1. Alexis Sanchez (Manchester United) - £500,000 seminggu


Setelah berjaya menyertai Manchester United dengan perjanjian pertukaran pemain yang mana menyaksikan Henrikh Mkhitaryan bertukar kelab menyertai Arsenal, Sanchez dikatakan menerima £500,000 seminggu daripada Man.United.

Dengan jumlah tersebut yang mana turut merangkumi bonus dan hak imej beliau, Sanchez menduduki tangga teratas bagi senarai TOP 10 pemain yang menerima gaji termahal didalan Liga Perdana Inggeris setakat ini.



Senarai 10 Pemain 

Bil. Pemain Kelab Gaji Mingguan
10. Cesc Fabregas Chelsea £220,000
10. Eden Hazard Chelsea £220,000
10. Yaya Toure Manchester City £220,000
10. Zlatan Ibrahimovic Manchester United £220,000
6. Romelu Lukaku Manchester United £250,000
6. Kevin de Bruyne Manchester City) £250,000
4. Sergio Aguero Manchester City £260,000
3. Paul Pogba Manchester United £290,000
2. Mesut Ozil Arsenal £350,000
1. Alexis Sanchez Manchester United £500,000

Bayaran Yang Dikeluarkan Kelab Setiap Minggu

Bil. Pemain Jumlah Pemain Jumlah Bayaran Seminggu
1. Manchester United 4 £1,260,000
2. Manchester City 4 £730,000
3. Chelsea 2 £440,000
4. Arsenal 1 £350,000

Dan jumlah keseluruhan yang dibelanjakan oleh empat kelab ini dalam membayar gaji mingguan kepada 10 pemain tersebut adalah berjumlah £ 2,780,000 juta seminggu.


Sumber : MIrror UK

Post a Comment

Previous Post Next Post