🎥 Liverpool Ladies 0-3 Arsenal Women


The FA Women’s Super League 
Wed 7 Feb | Select Security Stadium
Liverpool Ladies 0-3 Arsenal Women 

Perlawanan kelapan buat kedua-dua pasukan, Liverpool di tempat ketiga dengan perbezaan 4 mata mengatasi Arsenal di tempat keempat . 



Seawal minit ke-11 pintu gol Arsenal hampir dibolosi selepas bekas pemain Arsenal, Caroline Weir melakukan percubaan dari jarak jauh yang hanya mampu menggegarkan palang gol Arsenal.

Percubaan Caroline Weir


Selepas itu pada minit ke-25, Vivianne Miedema gagal menyempurnakan sepakan penalti yang berjaya ditepis oleh Rebecca Flaherty namun tindakan susulan Miedema menyambut dan menyempurnakan bola muntah berjaya memberikan gol pendahuluan buat Arsenal untuk mendahului 1-0.

Gol pertama Arsenal Women

Pada minit ke-45, Daminique Janssen menjaringkan gol menarik dari luar kotak penalti untuk kedudukan 2-0 sebelum rehat.

Gol kedua Arsenal Women

Bersambung ke babak kedua perlawanan, Arsenal Women berjaya menambah satu lagi gol dan kali ini giliran Lisa Evans untuk mencatat nama selaku penjaring apabila bijak menyempurnakan peluang pada minit ke-62 untuk gol ketiga Arsenal sekaligus memberikan kemenangan selesa buat skuad Arsenal (3-0).

Gol ketiga Arsenal Women

Dengan kemenangan ini, Arsenal berjaya merapatkan jurang perbezaan mata menjadi satu mata menghampiri Liverpool yang kekal ditangga ketiga liga dengan 15 mata.

Barisan kesebelasan pemain kedua-dua pasukan.
Perlawanan seterusnya bagi skuad Arsenal Women adalah menentang pasukan tercorot liga, Yeovil Town Ladies di Meadow Park pada Ahad ini jam 2 petang waktu tempatan.

Kedudukan Liga:

Pos Team P W D L GF GA GD Pts
1 Manchester City Women 8 7 1 0 27 7 20 22
2 Chelsea Ladies FC 8 6 2 0 25 4 21 20
3 Liverpool Ladies FC 8 5 0 3 17 8 9 15
4 Arsenal 8 4 2 2 16 11 5 14
5 Birmingham City Ladies 8 3 1 4 12 13 -1 10
6 Reading FC Women 7 2 3 2 14 10 4 9
7 Sunderland AFC Ladies 8 3 0 5 7 21 -14 9
8 Bristol City Women 8 2 1 5 4 21 -17 7
9 Everton Ladies FC 8 2 0 6 11 13 -2 6
10 Yeovil Town Ladies FC 7 0 0 7 0 25 -25 0

Post a Comment

Previous Post Next Post