Sabtu ini jam 8.30 malam (waktu Malaysia), Arsenal bakal menentang musuh tradisi, Spurs dilaman mereka.
Walaupun beraksi ditempat lawan namun perlawanan kali ini boleh dianggap bermain ditempat berkecuali memandangkan Spurs musim ini menggunakan Stadium Wembley sebagai stadium mereka ekoran kerja-kerja pembinaan stadium (menaiktaraf) White Hart Lane.
STADIUM
Rekod Arsenal ketika bermain di Stadium Wembley secara keseluruhannya boleh dikatakan cemerlang apabila berjaya mencatatkan 54% kemenangan daripada jumlah keseluruhan Arsenal beraksi di Wembley (52 perlawanan). Data lengkap disini (klik)Jumlah perlawanan | Menang | Seri | Kalah | Jaringan | Bolos |
---|---|---|---|---|---|
52 | 28 | 6 | 18 | 80 | 53 |
Berdasarkan rekod bagi 10 perlawanan terakhir Arsenal beraksi di Wembley, Arsenal berjaya mencatatkan sembilan kemenangan dan hanya mengalami satu kekalahan (tewas 2-1 kepada Birmingham City pada perlawanan akhir Piala EFL tahun 2011).
Semenjak kekalahan tersebut, Arsenal terus mencatatkan kemenangan setiap kali beraksi di Stadium Wembley dan aksi terakhir (setakat ini) adalah ketika menentang Chelsea pada Piala Perisai Komunti (musim ini - 2017/18) yang dimenangi Arsenal melalui penentuan sepakan penalti.
Manakala kemampuan Spurs yang menggunakan Stadium Wembley selaku 'home' mereka musim ini juga tidak boleh dipandang rendah memandangkan mereka berjaya mencatatkan 62% kemenangan setakat ini.
Mereka hanya tewas sekali selain mencatatkan keputusan seri sebanyak empat kali daripada 13 perlawanan yang telah berlangsung di Stadium Wembley musim ini.
Mereka hanya tewas sekali selain mencatatkan keputusan seri sebanyak empat kali daripada 13 perlawanan yang telah berlangsung di Stadium Wembley musim ini.
Jumlah perlawanan | Menang | Seri | Kalah | Jaringan | Bolos |
---|---|---|---|---|---|
13 | 8 | 4 | 1 | 28 | 9 |
PRESTASI SEMASA
Spurs ketika ini menghuni tangga kelima liga dengan mengumpul 49 mata manakala Arsenal berada ditangga keenam dengan mengumpul 45 mata.
Pasukan | Kedudukan Liga | Mata | M | S | K | Jaringan | Bolos | Prestasi |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Spurs | 5 | 49 | 14 | 7 | 5 | 51 | 24 | S,M,S,M,S |
Arsenal | 6 | 45 | 13 | 6 | 7 | 51 | 35 | S,K,M,K,M |
*Prestasi : Bagi 5 perlawanan liga terakhir, M=Menang,S=Seri, K=Kalah |
Dan ketika ini, Spurs dilihat lebih konsisten berbanding Arsenal berdasarkan kepada rekod lima perlawanan terakhir liga yang mana mereka berjaya mencatatkan keputusan seri dan menang tanpa mengalami sebarang kekalahan.
Manakala Arsenal pula dilihat masih bergelut untuk bangkit mempamerkan prestasi sebenar namun kehadiran dua pemain yang baru menyertai skuad Arsenal pada jendela perpindahan Januari lalu mungkin mampu memberikan impak positif kepada skuad dalam mengharungi baki saingan liga.
PEMAIN BARU
Pasukan | Pemain | Posisi | Penampilan | Gol | Bantuan Gol |
---|---|---|---|---|---|
Spurs | Lukas Moura | Sayap Kanan | 0 | 0 | 0 |
Arsenal | Pierre Aubameyang | Penyerang | 1 | 1 | 0 |
Henrikh Mkhitaryan | Tengah dan Sayap | 1 (1) | 0 | 3 |
KEKUATAN
Boleh dikatakan kekuatan Spurs banyak bergantung kepada Harry Kane dimana pemain ini telah membuat 25 penampilan liga dengan berjaya menjaringkan 22 gol setakat ini.
Daripada 25 penampilan tersebut, Spurs hanya mengalami empat kekalahan dan daripada empat kekalahan ini (perlawanan), Kane berjaya menjaringkan satu gol (dalam salah satu daripada empat perlawanan tersebut).
Serta Spurs hanya mengalami satu kekalahan tanpa aksi dari daripada Kane iaitu pada perlawanan menentang Manchester United ditempat lawan ekoran kecederaan (hamstring) yang dialami oleh pemain itu.
Bil | Tarikh | Venue | Lawan | Keputusan | Jaringan Spurs | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 20 Ogos 2017 | Home | Chelsea | 1-2 | Michy Batshuayi (gol sendiri) | Kane beraksi 90 minit |
2 | 28 Oktober 2017 | Away | Man.United | 1-0 | - | Kane tidak beraksi (cedera) |
3 | 18 November 2017 | Away | Arsenal | 2-0 | - | Kane beraksi 75 minit |
4 | 28 November 2017 | Away | Leicester City | 21 | Kane dan dibantu oleh Erik Lamela | Kane beraksi 90 minit |
5 | 16 Disember 2017 | Away | Man.City | 4-1 | Christian Eriksen | Kane beraksi 90 minit |
Selain Kane, pemain-pemain Spurs yang lain seperti Son Heung-min, Dele Alli dan Christian Eriksen juga dilihat amat berbahaya didalam skuad mereka.
Gandingan keempat-empat pemain ini telah menghasilkan 42 gol buat Spurs, menjelaskan dimana 82% daripada keseluruhan gol Spurs dihasilkan oleh mereka berempat.
Berikut adalah senarai penjaring dan bantuan gol yang dihasilkan oleh pemain Spurs setakat ini dalam saingan liga.
Berikut adalah senarai penjaring dan bantuan gol yang dihasilkan oleh pemain Spurs setakat ini dalam saingan liga.
Bil | Pemain | Jumlah Jaringan | Bantuan Gol | Posisi |
---|---|---|---|---|
1 | Harry Kane | 22 | 1 | Penyerang |
2 | Son Heung-min | 8 | 4 | Tengah |
3 | Christian Eriksen | 7 | 6 | Tengah |
4 | Dele Alli | 5 | 7 | Tengah |
5 | Ben Davies | 2 | 4 | Pertahanan |
6 | Moussa Sissoko | 1 | 1 | Tengah |
7 | Fernando Llorente | 1 | 0 | Penyerang |
8 | Serge Aurier | 1 | 1 | Pertahanan |
9 | Victor Wanyama | 1 | 0 | Tengah |
10 | Kieran Trippier | 0 | 4 | Pertahanan |
11 | Erik Lamela | 0 | 2 | Tengah |
12 | Eric Dier | 0 | 1 | Tengah |
13 | Harry Winks | 0 | 1 | Tengah |
JUMLAH | 48 | 32 |
Rumusan daripada senarai pemain yang menjaringkan gol dan yang menghasilkan bantuan gol adalah seperti berikut:
Posisi | Jumlah Pemain | Jumlah Gol | Jumlah Bantuan Gol |
---|---|---|---|
Penyerang | 2 | 23 | 1 |
Tengah | 8 | 22 | 22 |
Pertahanan | 3 | 3 | 5 |
JUMLAH | 13 | 48 | 28 |
Hanya empat pemain Spurs yang tidak menjaringkan gol namun berjaya menghasilkan bantuan gol dengan tiga daripada merekan merupakan pemain tengah dan seorang lagi merupakan pemain pertahanan.
Arsenal pula kehilangan dua pemain yang menyumbang 11 gol (jika digabungkan) iaitu Giroud dan Sanchez namun menerima dua pemain yang mampu memberikan kelebihan serangan iaitu Aubameyang (1 gol*) dan Mkhitaryan ( 3 bantuan gol*).
*Rekod bersama Arsenal.
*Rekod bersama Arsenal.
Bil | Pemain | Posisi | Jaringan | Bantuan Gol |
---|---|---|---|---|
1 | Alexandre Lacazette | Penyerang | 9 | 3 |
2 | Tengah | 7 | 3 | |
3 | Aaron Ramsey | Tengah | 6 | 6 |
4 | Penyerang | 4 | - | |
5 | Nacho Monreal | Pertahanan | 4 | 2 |
6 | Mesut Özil | Tengah | 4 | 7 |
7 | Danny Welbeck | Penyerang | 3 | 1 |
8 | Héctor Bellerín | Pertahanan | 2 | 1 |
9 | Alex Iwobi | Tengah | 2 | 3 |
10 | Laurent Koscielny | Pertahanan | 2 | - |
11 | Shkodran Mustafi | Pertahanan | 2 | 1 |
12 | Pierre-Emerick Aubameyang | Penyerang | 1 | - |
13 | Sead Kolasinac | Pertahanan | 1 | 4 |
14 | Per Mertesacker | Pertahanan | 1 | - |
15 | Jack Wilshere | Tengah | 1 | 2 |
16 | Granit Xhaka | Tengah | 1 | 4 |
17 | Henrikh Mkhitaryan | Tengah | - | 3 |
18 | Mohamed Elneny | Tengah | - | 1 |
JUMLAH | 50 | 41 |
Dan hanya terdapat dua pemain Arsenal yang gagal menjaringkan gol namun berjaya membantu pasukan apabila berjaya menghasilkan bantuan gol iaitu Elneny dan Mkhitaryan.
Bil | Posisi | Jumlah Pemain | Jaringan | Bantuan Gol |
---|---|---|---|---|
1 | Penyerang | 4 | 17 | 4 |
2 | Tengah | 8 | 21 | 29 |
3 | Pertahanan | 6 | 12 | 8 |
JUMLAH | 18 | 50 | 41 |
Jika dibandingkan dari segi serangan, kedua-dua pasukan ini mempunyai kelebihan yang hampir setara namun jika diukur dari segi individu (penjaring gol), Arsenal dilihat tidak terlalu bergantung kepada seorang individu dalam menghasilkan jaringan (rekod jaringan).
KELEMAHAN
Berdasarkan kepada jumlah bolos kedua-dua pasukan, barisan pertahanan Arsenal jelas lebih rapuh berbanding Spurs dengan melepaskan 35 gol berbanding 24 gol yang dilepaskan oleh Spurs.
Dan daripada tujuh rekod kekalahan yang dialami Arsenal, enam perlawanan (kalah) menggunakan formasi tiga pemain pertahanan dan hanya tewas sekali dengan menggunakan formasi empat pemain pertahanan.
Formasi 3 pemain pertahanan (kalah):
- Stoke City 1-0 Arsenal : 19 Ogos 2017.
- Liverpool 4-0 Arsenal : 27 Ogos 2017.
- Arsenal 1-2 Watford : 14 Oktober 2017.
- Man.City 3-1 Arsenal : 5 November 2017.
- Arsenal 1-3 Man. United : 2 Disember 2017.
- Bournemouth 2-1 Arsenal : 14 Januari 2017.
Formasi 4 pemain pertahanan (kalah):
- Swansea 3-1 Arsenal : 30 Januari 2017.
Secara keseluruhan, peratusan Arsenal untuk memenangi perlawanan jika menggunakan tiga pemain pertahanan ataupun empat pemain pertahanan adalah sama (50%).
Formasi | Menang | Seri | Kalah | Jumlah |
---|---|---|---|---|
3 Pertahanan | 10 | 4 | 6 | 20 |
4 Pertahanan | 3 | 2 | 1 | 6 |
JUMLAH | 13 | 6 | 7 | 26 |
Manakala prestasi Spurs setakat ini dilihat lebih cemerlang dengan menggunakan empat pemain pertahanan apabila berjaya mencatatkan 53% kemenangan daripada 17 perlawanan yang menggunakan formasi empat pemain pertahanan.
Formasi | Menang | Seri | Kalah | Jumlah |
---|---|---|---|---|
5 Pertahanan | 1 | - | - | 1 |
4 Pertahanan | 9 | 5 | 3 | 17 |
3 Pertahanan | 4 | 2 | 2 | 8 |
JUMLAH | 14 | 7 | 5 | 26 |
Spurs dalam 10 perlawanan terakhir liga menggunakan formasi empat pemain pertahan dan mereka berjaya mencatatkan enam kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan.
Dan dari 10 perlawanan terakhir liga itu, mereka telah menjaringkan 22 gol dan melepaskan 10 gol berbanding Arsenal yang menjaringkan 21 gol dan melepaskan 15 gol dalam 10 perlawanan terakhir liga.
JANGKAAN FORMASI
Arsenal dijangka bakal mengekalkan kesebelasan utama ketika menentang Everton tempoh hari walaupun peluang buat penjaga gol utama Arsenal, Petr Cech untuk beraksi masih lagi diragui ekoran kecederaan yang dialami beliau ketika perlawanan tersebut.
Dan sekali lagi kunci kecemerlangan Arsenal terletak kepada Ramsey. Beliau dijangka diberi peluang untuk bergerak bebas sebagai pemain 'box-to-box' dan peranan Xhaka ketika perlawanan tersebut juga dilihat amat berkesan selaku 'anchor' yang berganding bersama Ramsey dengan membentuk formasi 4-1-4-1 ketika Arsenal menyerang.
Namun kelebihan utama Arsenal kali ini (ketika menyerang) adalah gandingan pemain tengah dimana Ozil, Iwobi, Mkhitaryan dan juga Ramsey mampu meringankan bebanan penyerang Arsenal, Aubameyang.
![]() |
Formasi Arsenal menentang Everton |
![]() |
Heatmaps Ramsey ketika menentang Everton |
![]() |
Heatmaps Xhaka ketika menentang Everton |
![]() |
Heatmaps Xhaka + Ramsey ketika menentang Everton |
![]() |
Heatmaps Ozil, Iwobi, Mkhitaryan, Ramsey, Xhaka dan Aubameyang. |
![]() |
Heatmaps Ozil, Iwobi, Mkhitaryan, Ramsey dan Aubameyang. |
Manakala Spurs juga turut dijangkakan mengekalkan kesebelasan utama mereka ketika bertemu dengan Liverpool tempoh hari.
![]() |
Jangkaan formasi dan kesebelasan utama Spurs menentang Arsenal. |
Namun Spurs mungkin menurunkan pemain baru yang ditandatangani mereka pada jendela perpindahan Januari lalu, Lucas Moura selepas pemain ini tidak beraksi pada perlawanan Piala A ketika Spurs menewaskan Newport 2-0.
Dan mereka turut mampu menggunakan pemain pertahanan Toby Alderweireld selepas kembali cergas daripada kecederaan yang dialami beliau sebelum ini.
Pun begitu, pemain ini telah beraksi 90 minit bersama Spurs pada aksi Piala FA dua hari lalu.
![]() |
Heatmaps Dembele, Dier, Alli, Eriksen, Son dan Kane |
Secara keseluruhannya kedua-dua pasukan memiliki kekuatan yang hampir sama pada barisan serangan namun pada barisan pertahan Arsenal dilihat sedikit lemah berbanding Spurs.
Lebih-lebih lagi apabila Arsenal diserang (ketika) 'counter attack' dan barisan pertahanan Arsenal juga seringkali melakukan kesilapan dalam melakukan perangkap 'offside'.
Serta barisan pertahanan Arsenal lebih kerap melakukan kesilapan (kesilapan individu) yang menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan.
Dan bertemu Spurs yang mempunyai pemain yang memilikki 'kemahiran menjatuhkan badan' sudah tentu perkara (kesilapan individu) perlu dielakkan daripada terjadi dengan rekod setakat ini Arsenal telah dihukum sebanyak empat kali (penalti kepada pihak lawan).
Pertembungan menarik jentera serangan kedua-dua pasukan namun Arsenal dilihat sedikit kekurangan pada bahagian pertahanan dan gagal untuk mengekalkan fokus bagi mengharungi 90 minit perlawanan ketika mendahului lawan.
Dan bertemu Spurs yang mempunyai pemain yang memilikki 'kemahiran menjatuhkan badan' sudah tentu perkara (kesilapan individu) perlu dielakkan daripada terjadi dengan rekod setakat ini Arsenal telah dihukum sebanyak empat kali (penalti kepada pihak lawan).
Pertembungan menarik jentera serangan kedua-dua pasukan namun Arsenal dilihat sedikit kekurangan pada bahagian pertahanan dan gagal untuk mengekalkan fokus bagi mengharungi 90 minit perlawanan ketika mendahului lawan.
RAMALAN
Penulis meramalkan perlawanan ini bakal berkesudahan seri 2-2 walaupun mahukan kemenangan (2-1).
Anda bagaimana?
Anda bagaimana?
Apakah keputusan jangkaan anda diantara pertemuan diantara Spurs menentang The Gunners?
Created with PollMaker