Transfer Rumors : Ejen Rugani sahkan Arsenal berminat dengan pemain ini.

Daniele Rugani, 23 tahun merupakan pemain pertahanan (Center Back - CB) yang kini beraksi bersama Juventus dikatakan menjadi sasaran Arsenal pada jendela perpindahan Januari lalu.

Walupun rumors yang begitu kuat diperkatakan mengenai usaha Arsenal untuk mendapatkan pemain pertahanan West Brom, Jonny Evans bagi memperkukuhkan barisan pertahanan Arsenal namun berita mengenai pemain muda ini dikaitkan dengan perpindahan menyertai Arsenal tidak kurang hebatnya diperkatakan oleh kebanyakkan media.

Dan pengesahan daripada ejen beliau, Davide Torchia menjelaskan dimana Asenal sememangnya berminat terhadap pemain ini namun ianya sekadar lebih kepada 'pertanyaan' tanpa ada tindakan susulan yang dibuat oleh pihak Arsenal.

Penjelasan Torchia ini dipetik daripada temubual yang dijalankan oleh Radio Sportiva dimana:

"Daniele baik ketika ini dan saya gembira untuk beliau"

"Arsenal? Mereka tidak melakukan sebarang tindakan terhadapnya."

"Mereka meluahkan rasa minat mereka terhadap pemain ini, namun kami menghormati Juventus."

Untuk rekod, Rugani telah menandatangani kontrak baru bersama Juventus pada 14 Disember lalu yang menyaksikan pemain ini kekal bersama Juventus sehingga tahun 2021.

Dan mungkin kerana faktor ini menyebabkan Arsenal tidak meneruskan usaha mendapatkan pertahanan muda yang telah membuat 11 penampilan bersama skuad Juventus dengan satu gol dan satu bantuan gol telah dihasilkan beliau musim ini.

Pemain ini dianggarkan bernilai £18 juta namun dengan kontrak terbaru beliau bersama Juventus mungkin menyukarkan usaha Arsenal untuk mendapatkan beliau pada Januari lalu dan nilai pemain ini mungkin meningkat melebihi anggaran semasa.

Beliau turut mewakili skuad kebangsaan Itali dan telah membuat empat penampilan setakat ini.

Rugani pertahan tengah yang dilahirkan di Itali dan bakat beliau bermula di Empoli selama 12 tahun (akademi) sebelum dipinjamkan kepada Juventus pada tahun 2013.

Juventus kemudiannya menandatangai beliau secara tetap pada 31 Julai 2013 dan pembelian pemain ini dijalankan secara pemilikan bersama diantara Empoli dan Juventus.

Rugani dihantar semula kepada Empoli ketika beliau berusia 20 tahun pada musim 2013-2014 secara pinjaman dan beliau berjaya membantu kelab Empoli yang beraksi di Serie B untuk kembali ke Serie A bagi musim berikutnya.

Pada 2 Februari 2015, Juventus membeli baki hak pemilikan bersama pemain ini daripada Empoli dengan nilai sebanyak €3.5juta.

Rekod penampilan Rugani bersama Juventus

Musim Penampilan Gol dijaringkan Bantuan gol dihasilkan
2015–16 21 - -
2016–17 20 3 -
2017–18 15 1 1
JUMLAH 56 4 1

Post a Comment

Previous Post Next Post