"Saya tak akan suruh pemain saya untuk melakukan 'diving' "

Menjelang pertembungan menentang Tottenham, Arsene Wenger menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali mengarahkan pemain-pemain Arsenal untuk bertindak sengaja menjatuhkan badan bagi memperolehi penalti.



Ekoran komen yang dikeluarkan oleh pengendali Tottenham, Pochettino mengenai 'diving' juga merupakan satu taktikal dalam permainan bolasepak, Wenger dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh laman rasmi Arsenal menjelaskan bahawa tindakan sengaja menjatuhkan badan - 'diving' sepatutnya perlu dihukum dan ianya tidak sepatutnya berlaku (wujud) didalam bolasepak.

Namun Wenger percaya bahawa maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh Pochettino itu adalah  seseorang itu perlu bijak untuk menewaskan pihak lawan, malah Wenger turut menyifatkan bahawa pemain-pemain Inggeris ketika ini pakar dalam aksi tersebut (diving -sengaja menjatuhkan badan bagi mendapat penalti) selepas menyaksikan beberapa insiden kebelakangan ini.
I am convinced that he wanted to say that tricking your opponent is to say that you have to be clever. How far was it an apology for diving? I’m not sure at all. I don’t think he would. In my personal case? No. We have to get the diving out of the game. I remember there were tremendous cases here when foreign players did it but I must say the English players have learned very quickly and they might even be the masters now. - Arsene Wenger.
Dan Wenger turut menjelaskan dimana beliau tidak akan mengarahkan atau menyuruh mana-mana pemain beliau melakukan tindakan tersebut malahan beliau sendiri tidak menggalakkan pemain Arsenal untuk melakukan tindakan sedemikian.

Pun begitu, semua itu bergantung kepada situasi yang mana ianya memerlukan tindakan dan keputusan pengadil untuk menilainya kerana kebanyakkan penyerang pasti mengambil kesempatan diatas peraturan ini bagi memperolehi penalti.

Post a Comment

Previous Post Next Post