Spurs mahu hampakan penampilan baru Arsenal

Tuan rumah, Tottenham Hotspur bakal menerima kunjungan Arsenal malam ini di Stadium Wembley dengan misi mahu mengecewakan barisan baru serangan Arsenal.

Arsenal dijangkakan sekali lagi menurunkan gandingan baru iaitu Aubemeyang dan Mkhitaryan pada pertemuan 'North London Derby'.



Terdahulu gandingan pemain baru Arsenal, Aubemeyang dan Mkhitaryan ini menghadirkan kegembiraan kepada penyokong Arsenal apabila Aubameyang berjaya menjaringkan satu gol (penampilan pertama bersama Arsenal) manakala Mkhitaryan berjaya menghasilkan tiga bantuan gol ketika membelasah Everton 5-1 di Emirates.

Tugas berat menanti Arsenal di Wembley memandangkan Tottenham ketika ini masih belum mengalami kekalahan dalam 11 perlawanan terakhir mereka serta tidak pernah mengalami kekalahan ditempat sendiri untuk 12 perlawanan.


Kali terakhir Tottenham tewas ditempat sendiri dalam saingan liga adalah ketika perlawanan kedua liga iaitu menentang Chelsea pada Ogos tahun lalu (20 Ogos 2017) yang berkesudahan Tottenham tewas 1-2.

Tottenham kini berada di tangga kelima namun bakal menghuni tangga ketiga liga (buat sementara) andainya mampu menewaskan Arsenal pada perlawanan malam ini.

Dan bakal menjarakkan kedudukan dengan perbezaan mata menjadi tujuh mata dengan Arsenal yang kekal menghuni tangga keenam liga.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino ketika ini memiliki barisan pemain yang mantap dan selesa bagi mengharungi tiga kejohanan utama musim ini dengan kembalinya pemain seperti Erik Lamela, Victor Wanyama, Harry Winks dan Serge Aurier dari kecederaan serta kedatangan Lucas Moura dari Paris Saint-Germain yang ditandatangani mereka pada perpindahan Januari lalu.

Lucas Moura dibawa masuk Spurs dengan nilai sekitar £25 juta
"Kini kami mempunyai 24 pemain dan ia akan menjadi sukar untuk setiap pemain mengisi tempat di permulaan kesebelasan utama pasukan - 24 pemain terpaksa berebut tempat untuk kesebelasan utama setiap perlawanan," kata pengurus Spurs optimis.



Sumber : The Guardian

Post a Comment

Previous Post Next Post