7 Scout dilaporkan bakal memerhatikan dan menilai pemain muda Trabzonspor.

Yusuf Yazici. Kredit gambar : Eurosport

Pertembungan 'derby' kelab Turki diantara Galatasaray dan Trabzonspor bakal diperhatikan oleh tujuh 'scout' daripada tujuh kelab berbeza termasuklah Arsenal.



Menurut laporan daripada media Turki Sporx, pemain tengah berusia 21 tahun ini berjaya menarik perhatian kelab-kelab ternama Eropah selepas berjaya mempamerkan aksi yang menakjubkan bersama Trabzonspor.

Yusuf Yazici, 21 tahun dikatakan menjadi sasaran Arsenal dan Manchester City namun terpaksa berdepan dengan saingan daripada kelab-kelab lain seperti Barcelona, Dortmund, Atletico Madrid, Schalke 04 dan AS Monaco yang turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain ini.

Laporan Sporx itu juga mendedahkan dimana tujuh (7) kelab  elit bakal memerhatikan dan menilai prestasi serta persembahan beliau dalam perlawanan menentang Galatasaray nanti.

Pemain muda ini turut tersenarai dalam senarai 50 pemain muda yang perlu diberikan perhatian yang dikeluarkan oleh UEFA.
Yusuf Yazıcı (TUR, 20 – Trabzonspor)
Trabzonspor coach Rıza Çalımbay has touted the attacking midfielder's potential and self-belief; Yazıcı has played all 17 Süper Lig games this season.
HEBAT sangatkah pemain ini sehingga tujuh pasukan ternama seperti Arsenal, Manchester City,Barcelona, Dortmund, Atletico Madrid, Schalke 04 dan AS Monaco yang turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain ini.

Bermain pada posisi tengah menyerang (amc), beliau juga mampu bermain pada posisi lain seperti pemain tengah kanan dan kiri (rm dan lm) serta pemain tengah (cm).

Beliau memulakan karier bolasepak beliau bersama akademi Trabzonspor pada tahun 2008 dan menandatangani kontrak profesional pertama beliau pada 21 Disember 2015 bersama kelab tersebut.

Dan rekod beliau bersama Trabzonspor bagi musim ini boleh dianggap cemerlang apabila berjaya menghasilkan lima gol dan empat bantuan gol dalam 27 penampilan beliau setakat ini.

Posisi Penampilan Gol Bantuan Gol
Attacking Midfield 20 3 2
Right Midfield 4 - 1
Left Midfield 2 2 1
Central Midfield 1 - -
JUMLAH 27 5 4

Beliau telah membuat 49 penampilan (liga) dan secara keseluruhannya 58 penampilan bagi kesemua kejohanan bersama kelab tersebut dengan 13 jaringan (11 gol dihasilkan dalam saingan liga) dan 17 bantuan gol secara keseluruhan (12 didalam saingan liga).

Disamping itu beliau setakat ini telah mengumpul rekod layangan kad sebanyak 12 kad kuning dan satu kad merah.


Hebat ke tak pemain yang dikatakan bakal diperhatikan oleh tujuh scout dari tujuh buah kelab berbeza ini, anda boleh lihat video beliau dibawah ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post