Tuchel bakal sertai PSG

Kredi gambar : Eurosport

Sebelum ini kecoh media memperkatakan bahawa bekas pengendali Borussia Dortmund, Thomas Tuchel bakal menggantikan Arsene Wenger di Arsenal.



Anda boleh membaca laporan : Tuchel bakal ganti Arsene Wenger.

Namun hari ini, menurut laporan yang dikeluarkan oleh media Perancis L’Equipe, Tuchel dilaporkan bakal menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dan menafikan dakwaan yang mengaitkan pengurus Chelsea, Antonio Conte bakal menggantikan Unai Emery.
Pour les opérateurs de paris sportifs britanniques, l'Allemand Thomas Tuchel est le favori pour succéder à Unai Emery au poste d'entraîneur du PSG. 
Laporan itu mengatakan bahawa Antonio Conte tidak akan menjadi jurulatih baru PSG selepas gergasi Perancis itu memilih bekas pengendali Borussia Dortmund, Thomas Tuchel untuk menjadi pengurus baru mereka musim depan.

PSG dikatakan sedia untuk membawa Tuchel bagi menggantikan Unai Emery pada musim panas ini, selepas pengendali kelahiran Sepanyol itu gagal membawa PSG untuk bersaing dengan cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) selain gagal dalam membentuk pasukan PSG menjadi sebuah pasukan yang digeruni diperingkat Eropah.

Emery gagal membawa PSG dalam menjadi pasukan terbaik dalam UCL.
Walaupun Tuchel hangat dikaitkan bakal mengemudi pasukan daripada Liga Inggeris, dengan pasukan Chelsea ataupun Arsenal bakal menjadi pilihan beliau, namun laporan L'Equipe mendedahkan bahawa Paris merupakan destinasi yang bakal dipilih Tuchel.

Sementara itu, Conte dilaporkan mahu mempertimbangkan masa depan beliau bersama Chelsea ketika ini sebelum memutuskan masa depan beliau bersama kelab tersebut.

Namun khabar angin kuat mengatakan bahawa beliau akan meninggakan Stamford Bridge di penghujung musim ini.

Beliau dikatakan menjadi pilihan utama Persatuan Bola Sepak Itali untuk menjadi Ketua Jurulatih baru pasukan kebangsaan negara tersebut.

Conte sebelum menyertai Chelsea merupakan Ketua Jurulatih bagi pasukan kebangsaan Itali dan membimbing pasukan tersebut untuk tempoh selama dua tahun (2014-2016).

Conte dilaporkan bakal membimbing skuad kebangsaan Itali.
Kredit gambar : Birmingham Mail
Dengan rekod beliau ketika membimbing Itali pada Kejohanan Euro 2016 dilihat sesuatu yang memberangskan setelah berjaya membawa pasukan itu menjuarai kumpulan E dan layak sehingga ke peringkat suku sebelum tewas kepada Jerman melalui penentuan sepakan penalti.

Beliau sememangnya merupakan calon terbaik Itali untuk mengemudi pasukan tersebut setelah gagal melayakkan diri pada kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia.

Sebelum bertemu Jerman, beliau terlebih dahulu berjaya membantu Itali menewaskan Sepanyol diperingkat 16 pasukan terbaik pada kejohanan Euro 2016.

Post a Comment

Previous Post Next Post