Pendedahan Mustafi mengenai perjumpaan yang dilakukan pemain Arsenal.

Kredit gambar: Pain in Arsenal.

Shkodran Mustafi dedahkan bagaimana Arsenal berjaya bangkit daripada terus mengalami prestasi buruk musim ini.



Bagaikan terdapat maksud tersirat daripada luahan yang dibuat oleh Mustafi pada pendedahan dibuat beliau ini sebagaimana dilaporkan oleh media UK, Standard semalam.

Adakah terdapat pergolakan dikalangan pemain Arsenal apabila beliau mengatakan bahawa mereka kini kembali bersatu dan berjuang secara berpasukan?

Sebelum mengulas lanjut kenyataan dan luahan yang dibuat oleh Mustafi, Arsenal pada musim ini (musim 2017/18) bukanlah musim yang menceriakan buat peminat dan penyokong Arsenal walaupun berjaya menandatangani beberapa pemain ternama selain berjaya mengekalkan Mesut Ozil.

Dan tahun 2018 secara khususnya, bukanlah sesuatu yang menggembirakan buat pemain Arsenal dimana mereka telah mengalami lapan kekalahan dalam kesemua kejohanan yang diharungi sepanjang tiga bulan pertama tahun 2018.

Lima kekalahan daripada sembilan perlawanan liga (tahun 2018) yang diharungi Arsenal cukup mengecewakan mereka (pemain Arsenal) begitu juga dengan penyokong dan peminat Arsenal.

Lebih-lebih lagi Arsenal hanya mampu meraih tiga kemenangan untuk mengumpul 10 mata secara kesuluruhanya (seri satu perlawanan) daripada 27 mata yang ditawarkan bagi tiga bulan pertama tahun ini (tahun 2018).

Rekod perlawanan bagi tahun 2018 (setakat ini - 30 Mac 2018)

Saingan Liga
Tarikh Lokasi Lawan Keputusan Catatan
3/01/2018 H Chelsea 2-2 Seri
14/01/2018 A Bournemouth 2-1 Kalah
20/01/2018 H Crystal Palace 4-1 Menang
30/01/2018 A Swansea 3-1 Kalah
3/02/2018 H Everton 5-1 Menang
10/02/2018 A Tottenham Hotspur 1-0 Kalah
1/03/2018 H Manchester City 3-0 Kalah
4/03/2018 A Brighton & Hove Albion 2-1 Kalah
11/03/2018 H Watford 3-0 Menang

Satu-satunya perlawanan Arsenal dalam saingan Piala FA bagi tahun 2018 (musim 2017/18) juga menyaksikan kekalahan yang seterusnya meranapkan impian untuk melihat Arsenal sekali lagi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

Saingan Piala FA
Peringkat Tarikh Lokasi Lawan Keputusan
Pusingan Ketiga 7/1/2018 A Nottingham Forest 4-2

Kekalahan tersebut menjadikan enam kekalahan yang dikumpulkan Arsenal dalam tahun 2018.

Dan kekalahan kepada Manchester City pada perlawanan Akhir Piala EFL - Carabao Cup menjadikan kekalahan ketujuh Arsenal pada tahun ini.

Pastinya kekalahan yang begitu mengecewakan buat mereka (pemain Arsenal) setelah satu-satunya peluang terbaik buat mereka menjulang piala musim ini (setakat ini) berkecai ditangan City.

Mungkin piala ini tidak menjadi keutamaan Wenger, namun melihat kepada barisan pemain yang beraksi pada perlawanan tersebut, menjelaskan betapa seriusnya Wenger kali ini untuk merebut kejuaraan tersebut (satu-satunya piala domestik yang tidak pernah dimenangi Wenger bersama Arsenal).

Barisan kesebelasan utama Arsenal dan City pada perlawanan akhir Piala EFL. Kredit gambar : Wikipedia.

Saingan Piala EFL
Peringkat Tarikh Lokasi Lawan Keputusan
Semi-finals 10/1/2018 A Chelsea FC 0:0
Semi-finals 24/01/2018 H Chelsea FC 2:1
Final 25/02/2018 N Manchester City 0:3



Namun prestasi cemerlang Arsenal dalam saingan Liga Europa juga sedikit tercalar apabila tewas kepada kepada pasukan Östersunds ditempat sendiri menjadikan lapan kekalahan (setakat ini) yang dikumpulkan Arsenal pada tahun ini (2018) bagi musim 2017/18.

Saingan Liga Europa

Peringkat Tarikh Lokasi Lawan Keputusan
Round of 32 15/02/2018 A Östersunds FK 0:3
Round of 32 22/02/2018 H Östersunds FK 1:2
Round of 16 8/3/2018 A AC Milan 0:2
Round of 16 15/03/2018 H AC Milan 3:1

Bulan Februari dan awal Mac menyaksikan kisah malang Arsenal apabila mereka mengalami kekalahan tiga perlawanan secara berturut-turut selain kekecewaan tewas diperlawanan Akhir Piala EFL.

Namun, Arsenal dilihat semakin pulih selepas itu dan berjaya bangkit daripada terus dirundum malang apabila dua perlawanan terakhir Arsenal bagi bulan Mac 2018 menyaksikan kebangkitan Arsenal dengan berjaya mencatatkan kemenangan (menentang AC Milan dan Watford).

Dan kebangkitan ini didedahkan oleh Mustafi yang menyifatkan hasil perjumpaan dikalangan pemain-pemain Arsenal telah memberikan keputusan positif kepada mereka.

Namun bagaikan terdapat maksud tersirat yang cuba disampaikan beliau dalam luahan yang dibuat beliau itu sebagaimana dipetik daripada laman Standard.

“Semua orang tahu ia adalah satu tempoh yang sukar,” jelas Mustafi.

"Perjumpaan tersebut adalah usaha untuk mencari penyelesaian terbaik, mendengar semua pendapat, idea yang berbeza dan perasaan yang berbeza, saya fikir kami dapat menemui sedikit perubahan dan jalan penyelesaian,"

"Ianya tidak begitu mudah kerana satu perjumpaan sahaja tidak akan mampu mengubah banyak perkara, terutama sekali pada musim yang mana anda terpaksa bermain setiap tiga hari, namun ianya penting untuk menyatakan pendapat kami dengan jelas."

"Secara keseluruhan, ianya adalah untuk memberikan 110 peratus komitmen anda untuk mencuba bagi mencapaikan matlamat (meningkatkan prestasi daripada kekelahan), dan saya fikir kami berjaya melakukannya dengan baik. "

"Jujur, musim ini lebih mengecewakan buat kami kerana kami mempunyai sasaran yang lebih besar," ujar beliau kepada Arsenal Player. 

"Satu perkara yang sangat positif adalah anda berjaya bangkit dan pulih daripada tempoh yang begitu sukar dimana segala-galanya menjadi buruk dan anda tidak berada dalam prestasi sebenar, untuk menjadi kembali rapat dan berjaya mengharungi detik sukar ini sebagai satu pasukan merupakan satu perkara  yang cukup besar"

"Saya telah bermain dengan banyak pasukan di seluruh Eropah. Saya bermain bersama pasukan yang mana kami berjaya beraksi dengan baik dan prestasi kami juga baik, saya juga pernah bersama pasukan yang ketika itu sedang bergelut untuk mempamerkan dan memberikan prestasi terbaik."

"Dan ianya tidak begitu mudah untuk bangkit memberikan yang terbaik dan keluar daripada kemerosotan dengan cepat terutamanya apabila anda merupakan sebuah pasukan yang besar."

"Anda akan terus berjuang dalam setiap perlawanan. Saya fikir anda perlu memberikan kredit kepada pasukan kerana kami berjaya berjuang bersama-sama dan kembali kepada perkara asas."

"Semua pemain berjuang bersama-sama untuk cuba mendapatkan kembali rentak kemenangan. "


Sebelum ini, pada awal Mac, terdapat laporan yang mengatakan terdapat perjumpaan dikalangan pemain-pemain Arsenal diadakan tanpa kehadiran Wenger selepas kekalahan kepada City dalam saingan akhir Piala Carabao.
Arsenal players hold crisis meeting behind Arsene Wenger’s back - Metro
Menurut laporan itu, perjumpaan tersebut telah dilakukan oleh kapten Arsenal, Per Mertesacker dan beliau (Per Mertesacker) turut memberi amaran kepada rakan sepasukan bahawa jika mereka gagal memberikan persembahan dan komitmen yang lebih baik serta gagal memperbaiki prestasi mereka, mereka semua harus bertanggungjawab keatas masa depan pengurus mereka, Arsene Wenger.  
The Sun report that club captain Per Mertesacker organised a meeting between the players at the training ground.
Tindakan Per Mertesacker itu (sebagaimana laporan tersebut), dilakukan beliau setelah melihat moral (semangat) pemain dan rakan sepasukan beliau menurun (tidak bersemangat) ekoran mengalami kekalahan kepada Tottenham, Ostersunds dan kemudiannya Manchester City.

Dan beliau merasakan bertanggungjawab untuk memulihkan semangat rakan sepasukannya itu dan juga Arsenal selain menunjukkan sokongan beliau kepada Arsene Wenger dengan cuba memperbaiki masalah tersebut bagi pihak Wenger.

Hasil perjumpaan tersebut menyaksikan Arsenal berjaya bangkit daripada persembah buruk mereka apabila berjaya memenangi tiga  daripada empat perlawanan berikutnya dan ini berkait dengan luahan yang dibuat oleh Mustafi (sebagaimana diceritakan diatas tadi).

Tarikh Venue Lawan Keputusa Catatan
4 Mar 2018 A Brighton & Hove Albion 2:1 Kalah
8 Mar 2018 A AC Milan 0:2 Menang
11 Mar 2018 H Watford FC 3:0 Menang
15 Mar 2018 H AC Milan 3:1 Menang

Namun terdapat persoalan daripada penulis, adakah terdapat pergolakan dalam kem Arsenal apabila kenyataan Mustafi yang menyerbut "I think you have to give credit to the team because we managed to come together and go back to the basics. Everyone was fighting for each other to try to get back on a winning streak."

Adakah mereka tidak bersatu sebelum ini? Adakah masalah kontrak pemain yang menyebabkan mereka tidak bersemangat? Lebih-lebih lagi prestasi mereka merosot (lebih ketara) bermulanya Januari 2018.

Mesut Ozil menerima gaji tertinggi selepas menandatangani kontrak baru yang diumumkan secara rasmi pada Januari lalu dan gaji yang diterima Ozil itu juga menyaksikan Arsenal telah memecahkan gaji siling pemain mereka.

Jika sebelum ini sukar untuk meilhat pemain-pemain Arsenal menerima gaji (mingguan) melebihi £200k , namun Ozil dipercayai menerima melebihi £300k seminggu.

Begitu juga dengan Aubameyang. Pemain baru yang menyertai Arsenal pada jendela perpindahan Januari lalu dikatakan menerima sekitar £200k seminggu.

Dan adakah Per Mertesacker berjaya memulihkan semangat rakan sepasukan beliau dan menyelesaikan masalah dalaman mereka (pemain Arsenal).

Jika ianya berjaya diselesaikan oleh Per Mertersacker, tidak dapat dinafikan serta dapat difahami mengapa Wenger memilih beliau sebagai kapten pasukan.

Arsenal bakal menyambung kembali aksi perlawanan liga selepas berakhirnya 'international break' dengan menentang Stoke City pada 1 April, jam 8.30 malam (waktu Malaysia).

Jadual perlawanan bulan April Arsenal.
Namun tumpuan Arsenal ketika ini dikatakan tertumpu kepada aksi suku akhir Liga Europa menentang CSKA Moscow pada 6 April nanti.

Peringkat suku akhir Liga Europa. Kredit gambar : UEFA

Post a Comment

Previous Post Next Post