Alexis Sanchez dedah rancangan persaraan beliau.

Bekas pemain Arsenal yang kini mewakili Manchester United, Alexis Sanchez mendedahkan rancangan persaraan beliau dimana beliau tidak berhajat untuk bersara selaku pemain untuk kelab Inggeris itu.



Sebaliknya, Sanchez (29) tahun mendedahkan niat beliau untuk bermain bersama kelab daripada Chile, Universidad de Chile sebelum bersara daripada menjadi seorang pemain bolasepak.

Universidad de Chile yang dikenali dengan La U muncul juara Liga Chile musim 2016-17 
Sebelum menyertai River Plate pada tahun 2007, Sanchez telah membuat 98 penampilan untuk dua kelab daripada Chile (digabungkan jumlah penampilan) iaitu Cobreloa dan Colo-Colo.

Walaupun beliau tidak pernah mewakili kelab Universidad de Chile namun mendiang bapa Sanchez merupakan peminat untuk pasukan tersebut, dan ini menyebabkan (alasan) untuk beliau beraksi bersama kelab tersebut sebelum bersara.

"Saya fikir ianya menjadi impian keluarga saya. Ayah saya yang kini berada di syurga adalah penyokong La U dan saya fikir secara jujurnya bahawa ianya menjadi impian keluarga saya ingin melihat saya beraksi bersama kelab itu, "kata Sanchez kepada  Chilevision.

"Ayah saya merupakan tonggak keluarga dan kadang-kala kita melakukan sesuatu untuk keluarga kita"

"Saya bermain untuk Colo Colo dan jujurnya ianya begitu hebat serta saya memenangi banyak perkara bersama mereka, tetapi saya fikir orang akan memahami kerana ia adalah merupakan impian ayah saya ada dan jika tuhan mengizinkannya saya bersedia untuk memenuhinya. "

Selepas meninggalkan Cobreloa dan Colo-Colo, Sanchez menyertai River Plate dimana beliau hanya mampu menjaringkan empat gol dalam 31 penampilan bersama kelab tersebut.

Pun begitu, persembahan beliau itu berjaya memikat kelab Itali, Udinese dan bersama kelab tersebut beliau berjaya menjaringkan 21 gol dalam 112 penampilan.

Pep Guardiola dan Barcelona kemudiannya datang memanggil pemain ini dan Sanchez berjaya memenangi kejuaraan Liga Sepanyol  dan juga kejuaraan Copa del Rey sepanjang tiga musim bersama bersama kelab tersebut.

Tahun 2014, Arsenal berjaya mendapatkan pemain ini dan Sanchez telah berjaya memberikan impak kepada pasukan Inggeris ini dimana beliau berjaya menjaringkan 25 gol dalam kesemua kejohanan dalam musim pertama beliau bersama Arsenal.

Dengan 80 gol dalam 165 perlawanan bersama Arsenal, Manchester United kemudiannya membawa pemain menyertai mereka dalam perpindahan yang dianggap penuh kontroversi dengan pertukaran pemain dilakukan diantara dua kelab tersebut.


Bersama Manchester United, Sachez setakat ini hanya membuat 10 penampilan dengan hanya berjaya menjaringkan satu gol sahaja.


Sumber:  Squawka

Post a Comment

Previous Post Next Post