Arsenal sedia tawarkan kontrak baru kepada Elneny

Kurang daripada setahun selepas Arsenal dikatakan mahu melepaskan Mohamed Elneny, kini menurut laporan Miror, Arsenal dikatakan mahu mengekalkan beliau dan sedia untuk menawarkan kontrak baru kepada pemain itu.



Arsenal want to hand midfielder Mohamed Elneny a new deal. - Mirror
Awal musim (2017/18), Arsenal dikatakan sedia melepaskan Elneny apabila menerima tawaran yang dibuat oleh Leicester terhadap pemain ini namun beliau (Elneny) menolak tawaran tersebut kerana gembira berada di London.
Arsenal accepted a £10million bid for the Egypt midfielder, 25, and allowed him to speak to the Foxes about a move. - The Sun
Pemain kelahiran Mesir yang berusia 25 tahun ini walaupun gagal membuat penampilan tetap dalam kesebelasan utama Arsenal bagi saingan Liga Perdana, namun aksi beliau setiap kali diturunkan ataupun diberi peluang, beliau sememangnya tidak pernah mengecewakan apabila berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang.

Setakat ini beliau hanya berjaya membuat 26 penampilan dengan satu gol dan dua bantuan gol berjaya dicipta beliau bagi kesemua kejohanan bersama Arsenal musim ini.

Walaupun kontrak beliau bersama Arsenal masih berbaki dua tahun lagi sehingga Jun 2020, dengan perkembangan terkini dan lebih-lebih lagi aksi yang memukau dalam saingan Liga Europa, Arsenal dikatakan berminat untuk mengekalkan beliau selepas kehilangan (melepaskan) Francis Coquelin.

Sebelum ini juga menyaksikan pemain ini pernah menarik perhatian Leicester dan Fiorentina namun beliau tetap dengan keputusan untuk kekal bersama Arsenal dan berjuang untuk merebut tempat didalam kesebelasan utama Arsenal.

Wenger dalam temubual bersama wartawan selepas kemenangan Arsenal keatas AC Milan semlam, memuji prestasi Elneny dengan menyifatkan pemain itu beraksi dengan cemerlang setiap kali diturunkan.

"Kami suka beliau (Elneny) walaupun beliau jarang beraksi (diturunkan), namun setiap kali beliau beraksi, beliau sangat positif," jelas Wenger. 

"Beliau adalah pemain berkualiti yang memberikan kekuatan kepada skuad kami dan yang lebih penting beliau mempunyai mentaliti yang hebat."

"Beliau seorang pemain yang mempunyai masa depan yang sangat cerah, sangat berorientasikan pasukan dan memahami permainan dengan cepat."

"Beliau gemar untuk memperlajari perkara baru dan mempunyai kombinasi yang baik dari segi cita-cita dan kerendahan hati. Itulah perkara yang sangat baik. "

Post a Comment

Previous Post Next Post