Arsenal menamatkan kemarau kemenangan setela berjaya menewaskan AC Milan pada saingan Liga Europa malam tadi.

Persembahan bertenaga yang dipamerkan Arsenal berjaya membuahkan hasil walaupun diasak pada minit-minit awal permainan.



Kemenangan 2-0 ini sudah pasti melegakan Arsene Wenger setelah 'mimpi buruk' menghantui skuad kendalian beliau sebelum ini.

Wenger terdesak memerlukan keputusan positif setelah mengalami tekanan ekoran mengalami empat kekalahan berturut-turut dan akhirnya mampu menarik nafas lega setelah berjaya menewaskan AC Milan yang mana turut menyaksikan Arsenal meleburkan rekod tanpa kalah 13 perlawanan yang dipegang oleh kelab Itali itu.

Henrikh Mkhitaryan memberikan kelegaan buat Arsenal apabila menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-15 sebelum Aaron Ramsey melengkapkan kemenangan 2-0 Arsenal pada minit ke-46 separuh masa pertama perlawanan.

Keputusan separuh masa itu kekal sehingga ke wisel penamat sekaligus memberikan kemenangan buat Arsenal.

Ozil mencipta dua bantuan gol pada pertemuan menentang Milan.


Highlights Perlawanan


Post a Comment

Previous Post Next Post