"Arsenal terlalu unggul malam ini ..." Gattuso.

Pengendali AC Milan, Rino Gattuso sifatkan Arsenal terlalu hebat pada aksi malam tadi selepas menyaksikan pasukan kendalian beliau tewas 2-0 kepada Arsenal.

Bercakap kepada pemberita sebagaimana dipetik daripada laman Gazzetta, Gattuso menjelaskan dimana mereka sedar bahawa Arsenal akan memberikan tentangan sengit kepada mereka setelah prestasi merundum pasukan kendalian Arsene Wenger kebelakangan ini.



Namun beliau tidak menjangkakan bahawa Arsenal mampu beraksi begitu cemerlang malam tadi sambil beliau turut mengakui dimana barisan pemain beliau tidak beraksi dengan baik dan melakukan beberapa kesilapan.

"Arsenal? Kami tahu bahawa ianya bukanlah perlawanan yang mudah."

"Mereka bergelut dengan prestasi buruk kebelakangan ini dan sudah pasti mereka mahu buktikan sesuatu pada perlawanan ini."

"Mereka mempunyai kualiti dan merupakan pasukan yang hebat namun kami juga terlalu banyak melakukakan kesilapan."

"Kami tidak bermain secara berpasukan malam ini dan mereka (Arsenal) layak untuk memenangi perlawanan ini."

"Ia merupakan satu pengalaman baru untuk beberapa pemain muda kami dan mereka perlu belajar untuk menyesuaikan diri pada saingan peringkat ini."

"Kami terlalu banyak melakukan kesilapan dan kami terpaksa membayar kesilapan kami itu."

"Kami masih yakin dan terus berusaha untuk maju kehadapan (layak ke pusingan seterusnya)."

"Kami kini akan memberi tumpuan kepada Genoa. London? Sudah pasti kami akan berikan segalanya, kami adalah Milan dan kami harus menghormati jersi ini." 

"Kami mempunyai beberapa peluang malam ini tetapi gagal untuk menyempurnakannya. Namun ia masih belum berakhir dan ia pasti menjadi satu tugas yang sukar buat kami."

Bonucci menjelaskan bahawa barisan muda AC Milan gemuruh bertemu Arsenal.
Manakala kapten AC Milan, Leonardo Bonucci ketika bercakap kepada Sky Sport selepas kekalahan Milan (2-0) kepada Arsenal, mengakui rakan sepasukan beliau terlalu gemuruh ketika berdepan dengan Arsenal.

"Kami tidak mempunyai mentaliti yang betul bermula daripada awal perlawanan, kami agak takut kerana kami (pasukan) masih muda, jadi kami berharap kami mampu belajar daripada ini."

"Perlawanan kedua? Walaupun sukar namun kami tetap akan memberi segalanya. Apa sahaja boleh berlaku dalam bolasepak dan kami harus tetap positif."

"Arsenal mempunyai kualiti dan kami juga membuat kesilapan. Kami tidak bermain secara berpasukan mengakibatkan kami menerima kesan pada perlawanan ini."

"Kami terpaksa lebih bijak dan bertanggungjawab ketika memegang bola, ini yang kami tahu. Kesilapan? Kami terlalu gementar dan teruja, setiap orang membuat kesilapan. Pada babak kedua kami bermain dengan lebih berani tetapi ianya tidak memadai."

"Tahniah kepada Arsenal yang beraksi dengan lebih baik pada babak pertama perlawanan."

Post a Comment

Previous Post Next Post