Reiss Nelson mohon maaf

Reiss Nelson mohon maaf dan akui laman sosial twitter beliau telah digodam.

Ekoran status kicauan yang dianggap 'kurang ajar' serta tidak profesional bagi seorang pemain bolasepak berstatus profesional seperti beliau yang ditujukan kepada pemain Spurs, Dele Alli, beliau telah memohon maaf sambil menjelaskan bahawa akaun sosial twitter beliau itu telah digodam.



Rabu lalu, laman sosial twitter Nelson telah memuat naik status mengecam serta mengutuk pemain Spurs tersebut dengan perkataan 'suck my dick' dalam memberi respon kepada status pemain tersebut yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.


Namun status tersebut telah pun dipadam daripada laman twitter beliau.

Dan beliau akhirnya memohon maaf diatas kejadian tersebut sambil mengatakan bahawa akaun twitter beliau itu telah digodam sambil menyatakan kelegaan kerana telah mendapat kembali akaun tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post