Arsenal atau Tottenham perlu bayar sekurang-kurang €25 juta.

Tanguy NDombele. Kredit gambar: World Football Index.

Arsenal dan Tottenham mungkin terpaksa mengubah sasaran mereka setelah pemain tengah bertahan (defensive midfielder) yang dikatakan menjadi sasaran kedua-dua pasukan sebelum ini, Tanguy NDombele dilaporkan terlalu mahal.

Minggu lalu laporan daripada media Perancis, Mercato 365 mendedahkan dimana Arsenal merupakan antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan pemain muda yang dipinjamkan Amiens SC kepada Lyon, Tanguy Ndombele.
Selon certaines indiscrétions, Arsenal fait partie des clubs intéressés par le milieu de terrain lyonnais Tanguy Ndombele. Les Gunners ont récemment pu voir à l’œuvre le Bleuet. Alors que Jack Wilshere et Aaron Ramsey sont annoncés sur le départ, le protégé de Bruno Genesio pourrait avoir un profil intéressant pour l’actuel sixième de Premier League, qui reste aussi vigilant au cas de Nabil Fekir.
Pemain muda ini dijangka bakal melakukan perpindahan secara tetap bersama Lyon yang dilaporkan telah membayar €2 juta bagi mendapatkan pemain ini secara pinjaman pada Ogos tahun lalu (2017).

Tanguy Ndombele dilihat berjaya mempamerkan keserasaian dengan rakan sepasukan beliau di Lyon iaitu Lucas Tousart pada bahagian tengah.

Dan Tousart juga dilaporkan menjadi pemain sasaran Arsenal sebelum ini begitu juga dengan Tottenham yang turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain muda berusia 20 tahun ini.

Namun, Arsenal dan Tottenham mungkin terpaksa mengubah sasaran mereka daripada Ndombele kepada Tousart berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Calciomercato.

Menurut laporan tersebut, selain Arsenal dan Tottenham, Inter juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan Tousart yang dilihat jauh lebih murah berbanding Ndombele.

Dan ini turut menjelaskan mengapa terdapat wakil Arsenal yang menonton perlawanan di antara Lyon menentang CSKA Moscow bagi saingan Liga Europa tempoh hari.

Musim ini sahaja (2017/18), Tousart walaupun berusia 20 tahun namun beliau telah berjaya membarisi skuad utama Lyon dengan membuat 42 penampilan dalam kesemua kejohanan yang disertai Lyon.

Rekod penampilan musim 2017/18 Tousart (setakat ini).
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Ligue 1 29 - -
Europa League 9 - -
Coupe de France 4 - -
Jumlah 42 - -

Bagaimanapun, rekod penampilan bagi Tanguy Ndombele dilihat lebih cemerlang (sedikit) berbanding Tousart dari segi jaringan dan bantuan gol.

Namun khidmat Tousart dilihat lebih kerap digunakan didalam saingan liga berbanding Ndombele yang lebih beraksi (satu perlawanan) dalam saingan Liga Europa dan juga Coupe de la Ligue.

Rekod penampilan musim 2017/18 Ndombele (setakat ini).
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Ligue 1 27 - 4
Europa League 10 1 1
Coupe de France 4 - -
Coupe de la Ligue 1 - -
Jumlah 42 1 5

Kedua-dua pemain ini mampu beraksi pada posisi defensive midfielder dan juga center midfielder namun dengan harga yang jauh berbeza (menurut laporan Calciomercato), Arsenal mungkin beralih kepada Tousart berbanding Ndombele.

Dipercayai bahawa klausa pelepasan bagi Ndombele dianggarkan sekitar €60 juta (£50.5 juta) manakala Tousart pula dipercayai sedia dilepaskan Lyon dengan nilai perpindahan sekitar €25 juta (£21.8 juta) sahaja.

Laporan Corriere dello Sport.
Walaupun laporan tersebut tidak menamakan pasukan daripada Liga Inggeris, namun berdasarkan kepada jumlah (amount) yang dinyatakan, ianya jelas menunjukkan nilai yang perlu dibayar oleh mana-mana pasukan yang berhasrat untuk mendapatkan Tousart.

Post a Comment

Previous Post Next Post