Kemanakah destinasi sebenar Thomas Tuchel ?

Kredit gambar: TalkSport

Dua hari lalu, laman sukan bolasepak Jerman, Sport Blid mendedahkan dimana bekas pengendali Borussia Dortmund, Thomas Tuchel telah menolak tawaran untuk bersama Bayern Munich.



Dan menurut laporan tersebut, Tuchel bakal mengendali sebuah pasukan luar dari negara Jerman tanpa menamakan mana-mana pasukan termasuklah Arsenal mahupun Chelsea.

Bagaimanapun laporan Kicker sebagaimana dilaporkan semalam menyebut Tuchel bakal menggantikan Arsene Wenger musim depan dan hari ini juga terdapat laporan yang menafikan perkara tersebut.

Menurut laporan daripada Jerman, pengumuman mengenai pasukan manakah yang bakal dikendalikan oleh Tuchel ini bakal dibuat dalam masa terdekat.

Bukan Bayern! Tuchel akan ke luar negara.
Ketika ini lima pasukan elit dikaitkan dengan Tuchel selepas beliau menolak tawaran untuk menyertai Bayern Munich.

Pasukan mana satu?


Paris Saint-Germain (PSG)
Kekalahan pada peringkat kalah mati PSG ditangan Real Madrid mungkin menandakan berakhirnya karier Unai Emery di kelab yang dimiliki oleh ahli perniagaan Qatar, Nasser Al-Khelaifi yang juga merupakan presiden kelab tersebut.

Dan kekalahan tersebut turut mengundang rasa kecewa dan marah Nasser Al-Khelaifi yang dikatakan hilang sabar dengan prestasi pasukan yang dipimpin oleh Unai Emery itu.

Dapat difahami mengapa presiden PSG itu mengalami kekecewaan dan marah terhadap prestasi pasukan tersebut didalam saingan tertinggi peringkat Eropah selepas berbelanja besar (gila-gila) apabila membawa masuk Neymar dan Mbappé yang dianggarkan sekitar 370 juta euro.

Menurut laporan Sport Bild, Tuchel kini dikatakan sedang mencari seorang penolong (jurulatih) bagi membantu beliau.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada PSG merupakan destinasi beliau seterusnya memandangkan PSG juga dikaitkan dengan beberapa pengerus ternama seperti Antonio Conte, José Mourinho, Diego Simeone dan Massimiliano Allegri.




Arsenal
Arsene Wenger ketika ini menghadapi kritikan dan desakan daripada penyokong ekoran prestasi buruk musim ini dan juga musim lalu selain gagal beraksi dalam saingan tertinggi kelab bolasepak, Liga Juara-Juara Eropah (UCL).  

Pengendali berusia 68 tahun ini masih mempunyai kontrak sehingga penghujung musim 2018/19, namun dengan prestasi Arsenal ketika ini yang gagal meraih sebarang kejuaraan selepas terlepas peluang terbaik memenangi Piala Liga (EFL - Carabao Cup) mungkin bakal berakhir musim ini.

Namun, satu-satunya peluang terbaik buat Wenger untuk mengembalikan kegembiraan penyokong adalah memenangi Liga Europa yang masih berada dalam saingan.

Pun begitu, jika gagal Wenger tetap mahu meneruskan karier beliau bersama Arsenal selagi kontrak beliau belum berakhir. Dan jalan terbaik buat Arsenal untuk mendapatkan pengurus baru adalah dengan memecat beliau.

Manakala laporan Standard pula menafikan khabar angin yang mengatakan Arsenal telah berunding bersama Tuchel bagi menggantikan Arsene Wenger musim depan.

Sebaliknya Arsenal dilaporkan sedang mempertimbangkan calon-calon lain seperti Carlo Ancelotti, Joachim Low, Max Allegri dan Leonardo Jardim serta termasuklah Thomas Tuchel sendiri.

Namun tiada sebarang runding serius dijalankan oleh pihak Arsenal setakat ini mengenai calon-calon yang dikaitkan ketika ini.

Chelsea

Walaupun Antonio Conte telah menandatangani kontrak baru bersama Chelsea yang menyaksikan kelab tersebut bakal mengekalkan beliau sehingga tahun 2019, namun kegagalan untuk mengulangi prestasi cemerlang sebagaimana musim lalu (muncul juara liga) mungkin bakal menamatkan karier beliau lebih awal.

Mungkin kemenangan dan menjuarai Piala FA (satu-satunya peluang yang ada untuk menjuarai kejuaraan musim ini) mampu menyelamatkan beliau bersama Chelsea.

Namun hubungan beliau (Conte) bersama pemilik Chelsea, Roman Abramovich ketika ini tidaklah begitu baik dan melihat kepada sejarah pemecatan pengendali Chelsea sebelum ini, perkara ini mungkin tidak mustahil buat Abramovich untuk bertindak sekali lagi memecat pengurus pasukan beliau.

Mungkinkah beliau akan menyertai PSG dan Tuchel bakal menyertai Chelsea?

Namun Chelsea juga turut dikaitkan dengan beberapa nama seperti Guus Hiddink, Laurent Blanc, Roberto Mancini, Brendan Rodgers, Zinedine ZidaneDiego Simeone, Joachim LowMax Allegri dan Luis Enrique.




Sebelum ini PSG dilaporkan berminat untuk mendapatkan José Mourinho dan gossip ini telahpun diperkatakan semenjak tahun 2017.

Namun pengendali Man.United itu telah pun menandatangani kontrak baru pada Januari lalu yang bakal mengekalkan beliau bersama kelab tersebut sehingga tahun 2020.

Walaupun dikatakan bahawa Mourinho tidak puas hati berada di Manchester United namun beliau telah menafikan perkara tersebut selain menganggap ianya berita 'sampah'. Beliau turut menegaskan bahawa beliau gembira bersama kelab tersebut.

Dan ini turut mengecilkan peluang buat Tuchel menyertai Manchester United (langsung tidak masuk akal untuk mengaitkan Tuchel bersama United melainkan PSG berjaya mendapatkan Mourinho).

Namun rekod Manchester United juga pernah wujud dalam menamat pengurus mereka lebih awal sebelum ini dan tidak mustahil untuk mereka bertindak sekali lagi ekoran perbelanjaan tinggi yang dibelanjakan oleh Mourinho termasuklah soal gaji Sanchez yang dikatakan tidak setimpal dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain tersebut.

Pun begitu, prestasi United musim ini sedikit mengecewakan selepas berbelanja hampir 160 juta pound dengan terlepas peluang untuk menjuarai UCL (tersingkir diperingkat kalah mati) selain peluang untuk menjuarai liga cukup tipis (ketinggalan 16 mata dibelakang pendahulu liga Man.City).

Satu-satunya kejuaraan yang mungkin berjaya dijulang Mourinho musim ini adalah Piala FA.

Real Madrid

Masa depan pengendali Real Madrid, Zinedine Zidance mungkin 'terancam' ekoran prestasi pasukan ketika ini tidak begitu konsisten berbanding musim lalu, lebih-lebih lagi Real Madrid ketika ini berada ditangga ketiga liga.

Walaupun menandatangani kontrak baru pada Januari lalu yang menyaksikan beliau kekal bersama gergasi Sepanyol itu sehingga 2022, namun pengendali Real Madrid itu menganggap kontrak tersebut bukanlah satu jaminan untuk beliau kekal bersama kelab itu.
I go match by match, year by year, like last year. I cannot look two or three years ahead because having the contract does not mean anything. - Zinedine Zidane via Sky Sports.
Satu-satunya peluang terbaik buat Zidane adalah untuk muncul juara UCL yang masih dalam persaingan ketika ini manakala bagi saingan Liga, Real Madrid ketinggalan 15 mata dibelakang pendahulu liga, Bacelona.

Berbaki sembilan perlawanan (liga) ianya dilihat sukar buat Real untuk mengejar Barcelona.

Dan jika Zidane gagal dalam saingan UCL musim ini, ianya bakal memberi tekanan buat beliau dan juga pihak pengurusan Real Madrid kerana menamatkan saingan tanpa sebarang kejuaraan musim ini (selain kejuaraan Supercopa de Espana).

Antara pengurus yang dikaitkan dengan Real Madrid sebagai pengganti kepada Zidane adalah seperti Arsene WengerMax Allegri, Fabio Cappello, Antonio Conte, José Mourinho dan Diego Simeone.

Mana satukah destinasi sebenar Thomas Tuchel...? Ianya tetap menjadi satu rahsia.




Post a Comment

Previous Post Next Post