Kredit imej: Metro

Thomas Lemar mendedahkan kisah beliau yang hampir meninggalkan AS Monaco pada jendela perpindahan terdahulu dalam satu temubual bersama media Perancis.

Lemar yang kuat dikaitkan dengan perpindahan dengan kelab Inggeris, Arsenal dan Liverpool telah menyaksikan bagaimana seorang demi seorang rakan seperjuangan beliau yang membantu kelab tersebut (AS Monaco) menjuarai Liga Perancis musim lalu meninggalkan beliau musim ini.

Senarai pemain AS Monaco yang meninggalkan kelab pada musim ini.
Tarikh Posisi Warganegara Pemain Ke
26 Mei 2017 MF Portugal Bernardo Silva Manchester City
16 Jun 2017 MF Morocco Nabil Dirar Fenerbahçe
24 Jun 2017 FW France Valère Germain Marseille
3 Julai 2017 FW France Corentin Jean Toulouse
7 Julai 2017 DF Nigeria Elderson Echiéjilé Sivasspor
14 Julai 2017 DF France Abdou Diallo Mainz 05
15 Julai 2017 MF France Tiemoué Bakayoko Chelsea
24 Julai 2017 DF France Benjamin Mendy Manchester City
7 Ogos 2017 MF France Allan Saint-Maximin Nice
26 Januari 2018 FW Argentina Guido Carrillo Southampton

Menyaksikan penghijrahan rakan-rakan beliau, Lemar (22 tahun) sebelum ini hampir menyertai Arsenal namun tawaran lewat yang dibuat Arsenal terhadap Monaco menyaksikan perpindahan beliau tidak berlaku pada jendela perpindahan Januari tahun lalu (2017).
Liverpool were really interested. But it was Arsenal that was really close to finalising the deal. It was quite close. At the same time it was just too late, not enough time, to really follow up on this deal. - Vadim Vasilyev (VP AS Monaco) via Bleacher Report pada 17 Oktober 2017.
Dan bercakap kepada media Perancis, Telefoot pada Ahad lalu (waktu Perancis), sebagaimana petikan kata-kata beliau beliau yang diambil daripada L’Equipe, Lemar meluahkan rasa kecewa beliau apabila gagal menyertai Arsenal pada perpindahan dahulu.




"Menyesal? Mungkin tidak. Saya agak kecewa (tidak dapat menyertai The Gunners). Apabila ianya sudah berakhir, maka ianya adalah selesai, jadi saya tidak fikir lagi mengenai hal ini." 

"Saya terus berusaha dan berharap untuk kelab-kelab ini datang kembali (membuat tawaran) pada jendela perpindahan seterusnya."

"Saya terbuka kepada semua tawaran. Saya seorang pemain bolasepak, saya sukakan bolasepak."

"Saya tidak menutup mana-mana pintu."

Petikan asal dari laman LeQuipe:

Thomas Lemar, le milieu de terrain de l'équipe de France et de Monaco, a reconnu une déception après l'échec de son transfert vers Arsenal.
(Thomas Lemar, the midfielder of the France and Monaco team, acknowledged a disappointment after the failure of his transfer to Arsenal.)

Dans un entretien accordé à Téléfoot et diffusé ce dimanche matin, Thomas Lemar, le milieu de l'équipe de France et de Monaco est revenu sur son transfert manqué vers Arsenal. «Des regrets ? Peut-être pas. J'étais un peu déçu. Une fois que c'est passé, c'est passé, il ne faut pas cogiter dessus. Je continue à travailler pour que ces clubs reviennent lors du prochain mercato. Je suis ouvert à toute proposition. Je suis un joueur de foot, j'aime le foot. Je ne ferme aucune porte.»

Namun adakah ianya terlambat buat Lemar untuk 'memujuk' kembali Arsene Wenger dan Arsenal? Ataupun mampukah beliau memujuk Liverpool?

Post a Comment

Previous Post Next Post