Arsenal bakal membawa masuk bekas pemain akademi yang dilepaskan dahulu

Masa depan pemain yang dikaitkan dengan Arsenal, Oguzhan Ozyakup kini masih menjadi tanda tanya ekoran permintaan beliau dalam menandatangani kontrak baru telah ditolak.



Oguzhan Ozyakup, 25 tahun yang mana kontrak beliau bersama Besiktas bakal berakhir pada penghujung musim ini dikatakan gagal mencapai persetujuan mengenai tawaran pembaharuan kontrak beliau bersama kelab Turki itu.

Bekas pemain akademi Arsenal ini merupakan kapten Besiktas dan beliau dikaitkan serta dikatakan menjadi sasaran Arsenal dalam rumors yang kuat diperkatakan beberapa hari ini.

Dengan kontrak beliau yang bakal berakhir dalam tempoh tiga bulan lagi, laporan daripada Fanatik mendedahkan dimana Ozyakup telah meminta gaji sebanyak €3 juta setahun (semusim) berserta bayaran sebanyak €2.5 juta sebagai 'signing on fee to' bagi menyambung kontrak baru bersama kelab tersebut.

Namun permintaan beliau itu ditolak oleh Presiden Besiktas, Fikret Orman dan menurut laporan akhbar Turki, Besiktas hanya sedia menawarkan gaji sebanyak €2.5juta setahun (semusim) kepada kapten kelab itu.

Ozyakup membuat penampilan  kompetitif pertama bersama Arsenal pada September 2011 dalam saingan Piala Liga menentang Shrewsbury Town di mana beliau membantu (assist) kepada Yossi Benayoun (menjaringkan salah satu gol) dalam perlawanan yang berkesudahan Arsenal mengalahkan Shrewsbury Town 3-1.
Dan dilaporkan juga bahawa Orman akan bertemu dan berbincang bersama Ozyakup selepas pemain tersebut selesai menjalani tugasan bersama skuad kebangsaan Turki dalam siri perlawanan persahabatan antarabangsa (international break) penghujung bulan ini.

Perkembangan ini juga tentu menarik perhatian Arsenal dalam mendapatkan pemain ini setelah cubaan Arsenal sebelum ini yang berjumlah €7 juta ditolak pihak Besiktas.


Bulan lalu, Arsene Wenger dilaporkan mahu membawa masuk kembali bekas pemain yang dilepaskan kepada Besiktas dengan nilai perpindahan sebanyak £400,000 pada tahun 2012 dan dengan perkembangan terbaru ini mungkin menyaksikan Arsenal mampu membawa Ozyakup secara percuma musim hadapan.

Laporkan media Turki tahun lepas mendedahkan juga di mana Arsenal akan menerima 30% daripada nilai perpindahan Ozyakup jika Besiktas menjual pemain itu dan Besiktas dikatakan ingin melupuskan klausa tersebut dengan menawarkan Arsenal sebanyak  €1 juta.

Namun ianya tidak dipersetujui oleh Arsenal dan melihatkan perkembangan terkini situasi yang melanda pemain ini, ianya menguatkan spekulasi bahawa Ozyakup bakal kembali bersama Arsenal musim depan.

Dan ianya juga dilihat usaha Wenger untuk menggantikan kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Santi Cazorla yang kontrak pemain ini bakal berakhir dipenghujung musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post