Pengganti Wenger, Arsenal perlu cari calon lain

Salah seorang calon yang dikaitkan sebagai pengganti kepada Arsene Wenger, Leonardo Jardim menolak sebarang kemungkinan untuk beliau tinggalkan Monaco.



Pengurus AS Monaco, Leonardo Jardim ( 43 tahun) menolak dakwaan yang mengaitkan perpindahan beliau menyertai mana-mana pasukan pada musim panas ini.

Beliau ketika ini hangat diperkatakan menjadi sasaran dua kelab Inggeris iaitu Arsenal dan Chelsea, yang dikatakan mahu mencari pengganti bagi menggantikan pengurus sedia ada kedua-dua kelab tersebut.

Namun kedua-dua kelab tersebut terpaksa memikirkan calon lain memandangkan pengurus Monaco itu tidak bercadang meninggalkan kelab itu selain gembira menjalankan tugas beliau bersama kelab yang telah dipimpin beliau semenjak tahun 2014.

Dalam temubual dengan akhbar sukan Portugis, O Jogo, Leonardo Jardim menegaskan tidak ada  sebarang kemungkinan untuk beliau meninggalkan kelab itu pada musim panas nanti sebagaimana petikan temubual beliau yang dipetik dari laman Calciomercato:
"Via a fine stagione? Ho ancora due anni di contratto e al Monaco sono felice. E' un club che ha sempre creduto in me e mi ha sempre sostenuto".
"Pada akhir musim, saya masih mempunyai kontrak selama dua tahun lagi dan saya gembira di Monaco, kelab yang selalu percaya kepada saya dan sentiasa menyokong saya".

Walaupun belanjawan kelab telah dikurangkan tidak lama selepas beliau mengendalikan kelab tersebut, namun pengurus kelahiran Venezuela ini sentiasa berjaya mengekalkan hasil kerjanya dengan cukup cemerlang disamping berjaya membentuk serta membangunkan bakat-bakat muda kelab itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post