Ejen Perez sahkan pemain itu bakal kembali ke Arsenal

Masa Lucas Perez di Deportivo La Coruna berubah menjadi mimpi buruk buat pemain itu yang begitu terdesak meninggalkan Arsenal satu masa dahulu, namun kini ianya semakin pasti bahawa beliau akan kembali ke Arsenal pada musim panas nanti.



Selepas ejennya pada musim lalu seolah-olah mengugut Arsenal supaya mengembalikan Perez secara pinjaman kepada Deportivo dan tindakan tersebut dikatakan mengecewakan Arsene Wenger walaupun akhirnya bersetuju dengan proses pinjaman tersebut, namun Lucas Perez gagal memberi impak sebenar kepada kelab Sepanyol itu.

Sehinggakan peminat dan penyokong kelab tersebut mula menolak beliau (tidak mahu lagi pemain tersebut bersama mereka) dan Mundo Deportivo (akhbar sukan Sepanyol) melaporkan situasi itu telah menjadi semakin buruk sehinggakan penyokong pasukan Deportivo mula mengejek dan mengecam pemain ini.

Pada perlawanan terakhir (setakat ini), Perez hanya beraksi sebagai pemain gantian dan penyokong Deportivo mula menyanyikan (chanted) 'Lucas, Seleccion' dan dengan sinis menyindir pemain tersebut yang mahu meninggalkan Arsenal kerana ingin mendapatkan peluang beraksi (dipanggil menyertai) skuad kebangsaan Sepanyol.


Mundo Deportivo memetik kata-kata ejen pemain Perez, Fernandez Lovelle sebagai berkata:

"Tidak pernah menyesal, tapi ternyata mungkin ia bukanlah satu langkah yang baik, walaupun terdapat ramai yang masih mempercayai pemain ini dan yang terus mempercayainya "

"Memang benar bahawa keputusan telah dibuat, mungkin ia bukanlah sesuatu yang tepat."

Deportivo dilaporkan tidak akan membuat percubaan untuk menandatangani Lucas Perez secara kekal dan Arsenal akan menerima kembali pemain berusia 29 tahun yang mana gagal menjaringkan sebarang gol semenjak November lalu.

Rekod Penampilan 3 Musim Lukas Perez

2017/18 - Deportivo Penampilan Gol Bantuan Gol
LaLiga 26 4 4
Copa del Rey 2 1 2
JUMLAH 28 5 6
2016/17 - Arsenal / Deportivo Penampilan Gol Bantuan Gol
Premier League 11 1 -
FA Cup 4 1 2
Champions League 3 3 2
EFL Cup 3 2 1
LaLiga 1 1 1
JUMLAH 22 8 6
2015/16 - Deportivo Penampilan Gol Bantuan Gol
LaLiga 36 17 10
Europa League Qualifiers 2 2 1
Copa del Rey 1 - -
JUMLAH 39 19 11

Post a Comment

Previous Post Next Post