Arsenal bakal memenangi perlawanan menentang AC Milan

 

Jumaat ini jam 2.00 pagi waktu Malaysia, Arsenal bakal beraksi menentang AC Milan pada saingan Liga Europa.

Dengan prestasi yang tidak begitu menyakinkan dipamerkan Arsenal ketika ini, tidak ramai yang menaruh harapan (keputusan perlawanan) pada perlawanan tersebut lebih-lebih lagi Arsenal ketika ini telah mencatatkan keputusan mengecewakan dimana kalah empat kali berturut-turut dalam empat perlawanan terakhir dalam kesemua kejohanan termasuklah perlawanan Akhir Piala Carabao.



Ketika ramai yang tidak yakin dengan kemampuan Arsenal pada perlawanan tersebut, bekas penyerang Arsenal, Charlie Nicholas meramalkan dimana kejutan bakal dilakukan Arsenal pada perlawanan tersebut dengan Welbeck bakal menjadi hero Arsenal.

Charlie Nicholas meramalkan Arsenal bakal membuat kejutan pada saingan Europa menentang AC Milan.
Charlie Nicholas, lahir pada 30 Disember 1961 (berusia 56 tahun ketika ini) merupakan bekas pemain bolasepak kebangsaan Scotland dan aksi beliau lebih banyak di ingati ketika mewakili Celtic dan juga Arsenal.

Beliau mempunyai 20 cap untuk Scotland termasuklah ketika beraksi di Piala Dunia FIFA 1986.

Nicholas memulakan karier bolasepak profesional bersama Celtic dan pada usia 21 tahun beliau dianggap sebagai bakat yang paling menarik dalam sejarah bolasepak Inggeris.

Dengan beberapa kelab Inggeris dilaporkan berminat untuk mendapatkan beliau namun beliau akhirnya membuat keputusan untuk menyertai Arsenal. Dan pada 22 Jun 1983, beliau secara rasminya menyertai Arsenal dengan nilai perpindahan sebanyak £750,000.

Bersama Arsenal, beliau telah bermain untuk tempoh lima musim (dari musim 1983–84 hingga ke musim 1987–88) dan merupakan pemain yang menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Liga ketika menentang Liverpool pada tahun 1987 yang berkesudahan Arsenal menang 2-1.

Menariknya, kedua-dua gol Arsenal itu dijaringkan beliau pada minit ke-30 dan minit ke-83 sementara gol tunggal Liverpool dijaringkan oleh Ian Rush pada minit ke-23.

Musim berikutnya menyaksikan khidmat beliau tidak lagi menjadi pilihan dan beliau kembali ke Scotland dengan menyertai kelab Aberdeen.

Sebelum bersara, beliau menyertai Celtic pada tahun 1990 selama lima tahun (sehingga 1995) sebelum beraksi untuk kelab Clyde selama setahun (1995-1996) yang merupakan kelab terakhir diwakili beliau.

Semenjak bersara, beliau mula berkecimpung dalam pundit dan seringkali muncul bersama rancangan Sky Sports dan juga Soccer Saturday.
Dan dalam laporan Sky Sports semalam, beliau telah meramalkan beberapa perlawanan termasuklah perlawanan melibatkan Arsenal di saingan Liga Europa.
I have to be honest, I didn't expect Arsenal to win at the weekend. I've never seen such pain in Arsene Wenger's face and what does he do with this squad? Laurent Koscielny was an absolute embarrassment, Shkodran Mustafi has been an embarrassment too since he joined.  - Charlie via Sky Sports.
"AC Milan masih belum berada pada 'standard' mereka di mana mereka ketika ini  tidak menjaringkan banyak gol dan menduduki tempat ketujuh  Serie A dengan hanya 37 gol dan 30 bolos, jadi mereka masih jauh daripada untuk pasukan yang berbisa dalam menjaringkan gol."

"Sekurang-kurangnya Arsenal mempunyai jumlah jaringan yang banyak dalam kesemua kejohanan yang disertai mereka setakat ini, jadi saya fikir mereka (Arsenal) mempunyai kelebihan sebagai pasukan untuk memenangi perlawanan ini."

Beliau meramalkan Arsenal bakal memenangi perlawanan ini dengan keputusan 2-1 dan Welbeck bakal menjaringkan gol pertama Arsenal.

Nicholas meramalkan Welbeck bakal menjaringkan gol pertama Arsenal ketika menentang AC Milan Jumaat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post