Bagaikan telur dihujung tanduk, itulah nasib yang boleh diibaratkan kepada Arsene Wenger apabila berdepan dengan pasukan AC Milan pada saingan Liga Europa Jumaat ini.
Arsenal bakal berkunjung ke San Siro pada Jumaat ini (9 Mac) jam 2.00 pagi (waktu Malaysia) bagi menghadapi AC Milan dalam saingan Liga Europa peringkat 16 pasukan terbaik.
Selepas gagal untuk memenangi Piala Liga 2018 (EFL Cup - Carabao Cup) apabila tewas kepada Manchester City pada perlawanan akhir dengan keputusan 3-0, Arsenal terus dirundum malang apabila kalah sekali lagi menentang City pada saingan Liga Perdana Inggeris.
Terbaru, mereka tewas kepada pasukan baru menyertai Liga Perdana, Brighton and Hove Albion 2-1.
Dengan situasi terkini yang mana Arsenal gagal bermain dengan cemerlang serta menyakinkan setelah tewas empat perlawanan berturut-turut, nasib Wenger kini diumpamakan bagaikan telur dihujung tanduk bersama Arsenal.
*Maksud bagaikan telur dihujung tanduk : keadaan yang sangat genting, menunggu masa untuk musnah.
Selepas gagal untuk memenangi Piala Liga 2018 (EFL Cup - Carabao Cup) apabila tewas kepada Manchester City pada perlawanan akhir dengan keputusan 3-0, Arsenal terus dirundum malang apabila kalah sekali lagi menentang City pada saingan Liga Perdana Inggeris.
Terbaru, mereka tewas kepada pasukan baru menyertai Liga Perdana, Brighton and Hove Albion 2-1.
Dengan situasi terkini yang mana Arsenal gagal bermain dengan cemerlang serta menyakinkan setelah tewas empat perlawanan berturut-turut, nasib Wenger kini diumpamakan bagaikan telur dihujung tanduk bersama Arsenal.
*Maksud bagaikan telur dihujung tanduk : keadaan yang sangat genting, menunggu masa untuk musnah.
MAMPUKAH
Menentang AC Milan (malam ini jam 2.00 pagi waktu Malaysia), Arsenal dilihat terdesak untuk memenangi perlawanan ini ataupun setidak-tidaknya mencatatkan keputusan seri bagi mengembalikan kenyakinan penyokong dan juga pemain Arsenal sendiri.Mampukah Arsenal menewaskan AC Milan ataupun mengelakkan daripada menerima kekalahan pada pertembungan ini?
Dikatakan bahawa perjumpaan diantara Arsene Wenger bersama barisan tertinggi Arsenal telah pun berlangsung beberapa kali namun setakat ini masih tiada sebarang keputusan dicapai mahupun diumumkan hasil daripada perjumpaan tersebut.
Sebaliknya, Wenger dilaporkan mahu kekal mengurus dan mengendalikan Arsenal sehingga kontrak beliau berakhir pada penghujung musim 2018/19.
Manakala, undian yang dijalankan oleh Arsenal Supporters Trust (AST) mendapati 88% daripada 1000 ahli yang mengundi mencadangkan ataupun mahukan kontrak Arsene Wenger ditamatkan pada penghujung musim ini.
"The responses to our survey showed huge affection and respect for Arsene but also the view that he is no longer taking Arsenal forward. Our message to the club is that they must be proactive and take the decision sooner rather than later." jelas jurucakap pihak AST.
Ini mencerminkan bahawa kesimpulan pahit buat Wenger yang selama ini dikenali sebagai pengurus terbaik sepanjang masa kelab, namun kini berada didalam situasi 'bahaya' yang mungkin akan meninggalkan kesan dan sejarah paling buruk dalam karier beliau (jika dipecat).
Disambut dengan tajuk berita - akhbar yang bertanya 'Arsene Who?' apabila beliau dilantik menjadi pengurus Arsenal pada tahun 1996 dengan tiada sesiapa mengenali beliau, Wenger memulakan tugas beliau di dalam arena bolasepak Inggeris dengan komitmennya terhadap sains sukan serta rangkaian pencarian bakat di seluruh dunia yang mengatasi pasukan 'rival' Arsenal pada masa itu.
Beliau berjaya membawa Arsenal menjuarai tiga kali Liga Perdana termasuk kempen 'Invincibles' yang luar biasa pada musim 2003-04 disamping berjaya membawa Arsenal ke peringkat akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2006 dan memenangi tujuh Piala FA setakat ini.
Matthew Norman seorang penyokong Spurs yang menulis pada Evening Standard ketika Arsenal mengumumkan Wenger menjadi pengurus Arsenal. |
Namun apabila pesaing Wenger berjaya membaca dan mampu mengatasi segala taktikal serta kaedah yang sering digunakan beliau, Wenger dilihat gagal untuk menyesuaikan diri selain mencari kaedah baru bagi mengatasi masalah ini.
Selain itu, beliau turut dikatakan telah memberitahu kakitangan kejurulatihannya bahawa beliau akan terus kekal mengemudi Arsenal sehingga berakhirnya kontrak beliau pada musim hadapan sekaligus menafikan desakan untuk beliau meletak jawatan pada penghujung musim ini.
Wenger masih mempunyai satu tahun lagi dalam kontraknya bersama Arsenal, namun adalah sukar untuk mempercayai bahawa beliau dakan melepaskan jawatan beliau sekiranya Arsenal gagal dalam melayakkan diri pada saingan Liga Juara-Juara musim hadapan.
Satu-satunya harapan untuk Arsenal membawa ataupun menjulang trofi kejuaraan dan kembali ke saingan Liga Juara-Juara, adalah dengan memenangi Liga Europa.
Dengan perlawanan pertama Arsenal pada peringkat 16 pasukan terbaik akan menentang Milan di San Siro lewat malam ini, kemenangan ataupun sekurang-kurangnya seri mampu memberikan 'nafas' baru buat Wenger dalam menghadapi situati genting ketika ini.
Berdasarkan rekod Wenger dipentas Eropah, beliau masih lagi gagal memenangi sebarang kejohanan bersama Arsenal dan kemungkinan jika tewas kepada Milan bakal menyebabkan ataupun membuka pintu penamat Wenger bersama Arsenal.
![]() |
Keputusan akhir mengenai masa depan Wenger bergantung kepada Stan Kroenke. |
Namun segalanya juga bergantung kepada keputusan pemilik Arsenal, Stan Kroenke yang dipercayai masih mempercayai Arsene Wenger.