Arsenal catat keuntungan £25 juta sebelum cukai.

Walaupun prestasi pasukan tidak menentu ketika ini dan berada ditangga keenam liga, Arsenal telah mengumumkan keuntungan sebanyak £25.1 juta sebelum cukai dalam laporan kewangan terkini.



Untuk tempoh enam bulan yang berakhir pada November 2017, Arsenal berjaya mencatatkan kenaikan keuntungan mereka daripada £12.6 juta menjadikan rezab kewangan kelab sebanyak £137.6 juta.

Selepas cukai, keuntungan kelab berada pada jumlah £20.4m dan ianya naik sebanyak £10.3 juta untuk tempoh enam bulan.

Arsenal memperolehi kenaikan keuntungan walaupun perolehan bolasepak Arsenal jatuh kepada £167.7juta daripada £191.1juta disebabkan kegagalan musim ini untuk layak beraksi pada saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Hasil kewangan Arsenal ini bagaimanapun tidak mengambil kira perbelanjaan yang dibuat bagi mendapatkan Pierre-Emerick Aubameyang, tetapi ianya termasuk dalam perbelanjanaan mendapatkan Alexandre Lacazette dari Lyon.

Prestasi tidak menentu Arsenal ketika ini turut mendapat perhatian pengerusi Arsenal, Chips Keswick yang mana beliau dalam satu kenyataan telah mengatakan bahawa barisan kepimpinan Arsenal turut berkongsi kekecewaan bersama peminat selepas kekalahan dalam perlawanan akhir Piala EFL kepada MAnchester City.

"Ini bukanlah kempen yang paling mudah tetapi kami semua berusaha keras untuk memastikan kami mempunyai penamat yang kuat," kata Keswick. 

"Memecahkan rekod perpindahan kelab sebanyak dua kali dalam satu musim dan kontrak pemain yang telah berjaya ditandatangani (pembaruan kontrak) menunjukkan komitmen kami untuk membawa kelab kembali bersaing dalam Liga Perdana."

"Bagaimanapun, strategi kami tetap berpandukan kepada perbelanjaan dari kewangan sendiri dan kami harus menerima semua cabaran yang membawa kepada inflasi yuran perpindahan, gaji pemain dan yuran yang diminta oleh agen menjadi semakin tinggi."

"Kita perlu berbelanja secara efektif dan menjadi yang terbaik dalam keseluruhan operasi bolasepak kita jika mahu memenuhi cita-cita dan memenuhi keperluan kelab."

"Musim ini merupakan musim yang tidak konsisten buat kami tetapi ketika ini kami memasuki fasa terakhir dan jangan lupa bahawa kami masih beraksi dalam saingan Liga Europa dan peluang untuk berada dikalangan empat pasukan terbaik masih terbuka."

Arsenal akan berdepan City sekali lagi dalam aksi Liga Perdana esok pagi jam 3.45 pagi waktu Malaysia dengan Arsenal ketika ini ketinggalan 10 mata dibelakang Tottenham menduduki tangga keempat dan 27 mata dibelakang City dibawah pimpinan Pep Guardiola.

Sumber : Goal.

Post a Comment

Previous Post Next Post